TAWAU, 16 April – Zon Maritim Tawau berjaya menahan sebuah bot kargo tempatan yang membawa muatan pelbagai barang runcit pada pukul 7.20 petang semalam.
Pengarah Zon Maritim Tawau, Kepten Maritim Shahrizan bin Raman berkata, bot peronda Maritim Malaysia yang menjalankan Ops Khas Pagar Laut telah berjaya mengesan sebuah bot kargo dalam keadaan mencurigakan bergerak dari perairan Tawau menuju ke Pulau Sebatik.
Pemeriksaan awal ke atas bot yang ditahan di kedudukan 1.4 batu nautika selatan Pelabuhan Tawau tersebut mendapati dua lelaki warga tempatan masing-masing berusia 31 dan 45 tahun bertindak selaku juragan dan pembantu bot tersebut.
Pemeriksaan menyeluruh ke atas bot tersebut telah menemukan barang kawalan iaitu 53 kotak minyak masak paket berjumlah 901 kilogram yang disembunyikan dibawah timbunan barang-barang runcit.
Pemeriksaan dokumentasi seterusnya mendapati lesen yang dibenarkan hanya terhad kepada 500 kilogram sahaja untuk setiap penghantaran.
Bot, muatan serta kedua-dua kru bot tersebut seterusnya ditahan dan dibawa ke Jeti Zon Maritim Tawau untuk disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana didapati cuba membawa barang kawalan melebihi kuota yang dibenarkan. Kesemua barangan yang berlebihan termasuk bot kargo dan enjin bot disita dengan nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM50 ribu.
Statistik tangkapan Zon Maritim Tawau telah merekodkan 17 kes pelbagai kesalahan bagi suku tahun pertama 2023 dan kes pertama untuk Ops Khas Pagar Laut.
Maritim Malaysia akan terus memperkasakan tugas penguatkuasaan dan mengoptimumkan pengoperasian terutama ketika musim perayaan bagi membanteras aktiviti-aktiviti yang menyalahi undang-undang di Zon Maritim Malaysia khususnya di perairan Timur Sabah(ESSZONE).
Salurkan sebarang salah laku jenayah yang berlaku di sekitar perairan Tawau ke talian Pusat Operasi Zon Maritim Tawau 089-752116 dan talian kecemasan 999.
LAKUKAN PELBAGAI KESALAHAN, SEBUAH BOT PUKAT JERUT BILIS DITAHAN
DUA BOT NELAYAN VIETNAM CEROBOH PERAIRAN NEGARA DITAHAN
MARITIM MALAYSIA AKTIFKAN SEMULA OP PAGAR LAUT SEMPENA RAMADAN DAN SYAWAL
BOT NELAYAN KELAS B DITAHAN LANGGAR SYARAT LESEN
LAGI 27 SET BUBU NAGA DIRAMPAS DI PERAIRAN PULAU TALANG .
34 SET BUBU NAGA DIRAMPAS DI PERAIRAN PULAU TALANG
DUA NELAYAN DISELAMATKAN DISERAH KEPADA INDONESIA
PENDATANG ASING TANPA IZIN GAGAL LOLOS DIRI PULANG KE NEGARA ASAL
KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH MARITIM NEGERI TERENGGANU KE ATAS EXCO TERENGGANU
KUALA TERENGGANU, 20 Mac – Pengarah Maritim Negeri Terengganu, Kepten Maritim Mohd Khairulanuar bin Abd Majid telah mengadakan kunjungan hormat ke atas EXCO Pertanian,Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa Negeri Terengganu, YB Dr. Azman Ibrahim di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu.
Kunjungan hormat ini bertujuan untuk membincangkan mengenai isu-isu semasa berkaitan pencerobohan bot nelayan asing di perairan negara, isu berkaitan bot-bot nelayan tempatan, pengoperasian dan penguatkuasaan serta hal-hal berkaitan.