19
Jum, Apr

Grid List

20 NELAYAN WARGA ASING DITAHAN MARITIM MALAYSIA .

KAPAL MT LAYAR ANGGUN 8 TERBAKAR DALAM PERAIRAN MALAYSIA

KETUA PENGARAH KEENAM MARITIM MALAYSIA BERSARA WAJIB

KOTAK HITAM HELIKOPTER AW 139 MARITIM MALAYSIA DITEMUKAN

30 SET BUBU NAGA DIRAMPAS DI PERAIRAN TALANG

GAGAL ISYTIHAR MUATAN, BOT KARGO DITAHAN MARITIM MALAYSIA

27 SET BUBU NAGA DIRAMPAS DAN BOT NELAYAN KELAS C DITAHAN LANGGAR SYARAT LESEN

DUA BOT NELAYAN TEMPATAN DITAHAN DAN 25 SET BUBU NAGA DIRAMPAS MARITIM NEGERI PERAK

OP CARILAMAT | PENYEWA JETSKI HILANG KETIKA BERIADAH DITEMUKAN

GEORGETOWN, 1 April – Seorang pelancong yang menyewa jet ski untuk beriadah dan dilaporkan hilang di perairan Pulau Tikus petang semalam telah ditemukan selamat.

Mangsa Mohd Rabbila Suad bin Zainal Abidin, 50 tahun dari Simpang Ampat Pulau Pinang telah meninggalkan dompet serta dokumen pengenalan diri termasuk telefon bimbit kepada pemilik jet ski sebelum keluar beriadah.

Terdahulu, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pulau Pinang, Maritime Rescue Sub-Centre (MRSC) Langkawi telah mengaktifkan operasi CARILAMAT pada jam 12.00 tengah malam sebaik Pusat Operasi Maritim Pulau Pinang menerima maklumat daripada Balai Polis Tanjung Tokong sekitar jam 11.55 malam tadi.

Maklumat awal yang diterima sebelum ini, pengadu telah melakukan pencarian setelah menyedari jet ski yang disewa oleh mangsa sekitar jam 5.00 petang hilang dari penglihatan dan hasil pencarian yang dilakukan hanya jet ski yang disewakan ditemukan berada di laut.

Laporan polis kemudian dibuat oleh pengadu di Balai Polis Tanjung Tokong berhubung kejadian tersebut.

Menurut Pengarah Kepten Maritim Abd Razak bin Mohammed, lebih kurang jam 10.20 pagi, Pusat Operasi Maritim Pulau Pinang telah mendapat panggilan daripada Balai Polis Tanjong Tokong dan memaklumkan mangsa telah ditemukan selamat dengan berenang ke pantai berhampiran Penang Swimming Club.

Mangsa berada dalam keadaan yang baik dan dibawa ke Balai Polis Tanjong Tokong untuk siasatan lanjut.

Operasi CARILAMAT telah ditamatkan pada jam 10.42 pagi dan Maritim Malaysia merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Pasukan Polis Marin Batu Uban, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) serta Agensi Pertahanan Awam (JPA) yang turut serta membantu dalam operasi CARILAMAT ini.

Orang awam diminta agar melaporkan sebarang kejadian kecemasan atau insiden di laut di talian kecemasan 24 jam MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Pulau Pinang di talian 04-2626146.

 

CARILAMAT JETSKI 2

Grid List

MAJLIS PEMAKAIAN PANGKAT KADET KANAN PASKAM UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU

KUALA TERENGGANU, 19 APRIL – Universiti Malaysia Terengganu (UMT) telah mengadakan Majlis Pemakaian Pangkat Kadet Kanan Pasukan Kadet Maritim (PASKAM) Siri 1 dan Siri 2 serta Penganugerahan Sijil Kadet Cemerlang yang mendapat keputusan Anugerah Dekan daripada UMT.

Pemakaian Pangkat Kadet Kanan PASKAM ini diberikan kepada 37 kadet Siri 1 dan 48 kadet Siri 2 yang disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Operasi Maritim Negeri Terengganu, Komander Maritim Mohd Firdaus bin Mohd Anuar.

Majlis turut dihadiri oleh Timbalan Komandan PASKAM UMT, Leftenan Maritim Kehormat Borhanudin bin Mohd Yusof @ Mohamed pagi tadi di Dewan UMTCC UMT.

 

PANGKAT PASKAM UMT    PANGKAT PASKAM UMT 2   PANGKAT PASKAM UMT 3   PANGKAT PASKAM UMT 5
hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC