BINTULU, 18 Mac - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Bintulu telah menahan sebuah bot tunda dan tongkang sedang bergerak pada jarak lebih kurang 2.1 batu nautika dari Muara Kuala Tatau, Sarawak sekitar pukul 11.30 pagi khamis yang lalu.
Pengarah Zon Maritim Bintulu, Kepten Maritim Mohd Khairol Anuar bin Saad berkata, bot tunda dan tongkang tersebut ketika ditahan sedang membawa muatan kargo disyaki kayu balak. Setelah pemeriksaan dilakukan, nakhoda gagal mengemukakan borang kebenaran untuk memuat atau memunggah kargo ke atas vesel daripada Jabatan Kastam Diraja Malaysia.
Hasil pemeriksaan lanjut mendapati tujuh orang kru termasuk nakhoda merupakan warganegara India, tiga orang kru warga tempatan dan tiga orang kru warganegara Indonesia, berumur dalam lingkungan 26 hingga 65 tahun dan semuanya adalah lelaki.
Kesemua kru beserta bot tunda dan tongkang ditahan dan diiringi ke Pusat Tahanan Vesel Zon Maritim Bintulu untuk siasatan lanjut.
Kes akan disiasat di bawah Akta Kastam 1967 kerana tiada barang-barang yang diangkut melalui air dari mana-mana tempat di Malaysia boleh didaratkan kecuali pada hari-hari masa yang ditetapkan.
Maritim Malaysia sentiasa mengingatkan kepada komuniti maritim supaya mematuhi segala peraturan undang-undang sebelum melakukan sebarang aktiviti di laut.
Komuniti maritim juga diminta untuk melaporkan sebarang aktiviti yang mencurigakan ataupun kemalangan di laut secara terus ke talian MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Zon Maritim Bintulu (086-314 254)/ Pusat Operasi Maritim Negeri Sarawak (082-432544) yang beroperasi 24 jam.
LAKUKAN PELBAGAI KESALAHAN, SEBUAH BOT PUKAT JERUT BILIS DITAHAN
DUA BOT NELAYAN VIETNAM CEROBOH PERAIRAN NEGARA DITAHAN
MARITIM MALAYSIA AKTIFKAN SEMULA OP PAGAR LAUT SEMPENA RAMADAN DAN SYAWAL
BOT NELAYAN KELAS B DITAHAN LANGGAR SYARAT LESEN
LAGI 27 SET BUBU NAGA DIRAMPAS DI PERAIRAN PULAU TALANG .
34 SET BUBU NAGA DIRAMPAS DI PERAIRAN PULAU TALANG
DUA NELAYAN DISELAMATKAN DISERAH KEPADA INDONESIA
PENDATANG ASING TANPA IZIN GAGAL LOLOS DIRI PULANG KE NEGARA ASAL
KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH MARITIM NEGERI TERENGGANU KE ATAS EXCO TERENGGANU
KUALA TERENGGANU, 20 Mac – Pengarah Maritim Negeri Terengganu, Kepten Maritim Mohd Khairulanuar bin Abd Majid telah mengadakan kunjungan hormat ke atas EXCO Pertanian,Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa Negeri Terengganu, YB Dr. Azman Ibrahim di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu.
Kunjungan hormat ini bertujuan untuk membincangkan mengenai isu-isu semasa berkaitan pencerobohan bot nelayan asing di perairan negara, isu berkaitan bot-bot nelayan tempatan, pengoperasian dan penguatkuasaan serta hal-hal berkaitan.