KUALA KURAU, 3 Mac - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) melalui Zon Maritim Kuala Kurau telah melaksanakan Medical Evacuation (MEDEVAC) ke atas seorang tekong warga Thailand yang cedera parah di bahagian tangannya pada kedudukan 15.9 batu nautika barat daya muara Kuala Kurau, Perak sekitar jam 9.10 malam pada 2 Mac lalu.Pengarah Zon Maritim Kuala Kurau, Komander Maritim Mohd Najhan bin Azman Hamid berkata, Pusat Operasi Zon Maritim Kuala Kurau telah menerima aduan melalui panggilan telefon daripada Jabatan Perikanan Daerah Taiping berkenaan seorang tekong bot nelayan tempatan kelas āCā bernombor pendaftaran PKFA 8133 warga Thailand yang cedera di tangan ketika menangkap ikan di perairan Kuala Kurau.Bertindak atas maklumat, pasukan bot peronda Maritim Malaysia diatur gerak ke lokasi untuk tindakan lanjut.Setiba di lokasi, mangsa Channarong Jankaew, 57, disahkan cedera parah di bahagian tangan dan dibawa ke Jeti Pasukan Polis Marin (PPM) Kuala Kurau dengan menaiki bot KILAT 30 sebelum dibawa ke Hospital Parit Buntar menaiki ambulan untuk rawatan lanjut.Menurut pemilik bot, tangan tekong tersepit pada mesin secara tidak sengaja ketika dia sedang mengoperasikan mesin penggulung pukat menyebabkan luka dan berdarah.MEDEVAC ditamatkan pada jam sekitar 12.01 pagi.Maritim Malaysia ingin menzahirkan penghargaan kepada semua agensi sahabat dan komuniti nelayan setempat yang terlibat bagi menjayakan MEDEVAC ini.Sebarang aduan, salah laku dan insiden kecemasan yang berlaku di laut, orang ramai boleh melaporkannya kepada Pusat Operasi Zon Maritim Kuala Kurau di talian 05-7279919 atau MERS 999 untuk maklum balas segera.
LAKUKAN PELBAGAI KESALAHAN, SEBUAH BOT PUKAT JERUT BILIS DITAHAN
DUA BOT NELAYAN VIETNAM CEROBOH PERAIRAN NEGARA DITAHAN
MARITIM MALAYSIA AKTIFKAN SEMULA OP PAGAR LAUT SEMPENA RAMADAN DAN SYAWAL
BOT NELAYAN KELAS B DITAHAN LANGGAR SYARAT LESEN
LAGI 27 SET BUBU NAGA DIRAMPAS DI PERAIRAN PULAU TALANG .
34 SET BUBU NAGA DIRAMPAS DI PERAIRAN PULAU TALANG
DUA NELAYAN DISELAMATKAN DISERAH KEPADA INDONESIA
PENDATANG ASING TANPA IZIN GAGAL LOLOS DIRI PULANG KE NEGARA ASAL
KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH MARITIM NEGERI TERENGGANU KE ATAS EXCO TERENGGANU
KUALA TERENGGANU, 20 Mac ā Pengarah Maritim Negeri Terengganu, Kepten Maritim Mohd Khairulanuar bin Abd Majid telah mengadakan kunjungan hormat ke atas EXCO Pertanian,Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa Negeri Terengganu, YB Dr. Azman Ibrahim di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu.
Kunjungan hormat ini bertujuan untuk membincangkan mengenai isu-isu semasa berkaitan pencerobohan bot nelayan asing di perairan negara, isu berkaitan bot-bot nelayan tempatan, pengoperasian dan penguatkuasaan serta hal-hal berkaitan.