PELABUHAN KLANG, 27 Januari – Mahkamah Majistret Kuala Selangor telah menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM 5,000 kepada pemilik bot nelayan kelas C bernombor pendaftaran PKFB 1761 dan penjara lima bulan dari tarikh sebutan kes ke atas lima warga asing pada 25 Januari 2023.
Hakim Mahkamah Majistret Kuala Selangor, Yang Arif Siti Hajar bin Ali membuat keputusan itu selepas tertuduh, Hen Chin Tuang, 58, warga tempatan mengaku bersalah di bawah Seksyen 8 (b) Akta Perikanan 1985 iaitu menggajikan pekerja warga asing tanpa kebenaran bertulis dari Ketua Pengarah Perikanan manakala tekong dan kru warga asing seramai lima orang berusia antara 31 hingga 54 tahun mengaku bersalah di bawah Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63 iaitu tiada dokumen pengenalan diri yang sah.
Terdahulu, pada 14 Januari 2023, Maritim Malaysia Negeri Selangor telah menahan lima warga asing yang bekerja di atas bot nelayan tempatan Kelas C di sekitar perairan Sungai Besar, pada sekitar jam 12.50 tengah hari.
Kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Maritim Negeri Selangor, Puan Noor Syazwani binti Muhammad Sobri.
BOT KARAM, LIMA NELAYAN SELAMAT
LAKUKAN PELBAGAI KESALAHAN, SEBUAH BOT PUKAT JERUT BILIS DITAHAN
DUA BOT NELAYAN VIETNAM CEROBOH PERAIRAN NEGARA DITAHAN
MARITIM MALAYSIA AKTIFKAN SEMULA OP PAGAR LAUT SEMPENA RAMADAN DAN SYAWAL
BOT NELAYAN KELAS B DITAHAN LANGGAR SYARAT LESEN
LAGI 27 SET BUBU NAGA DIRAMPAS DI PERAIRAN PULAU TALANG .
34 SET BUBU NAGA DIRAMPAS DI PERAIRAN PULAU TALANG
DUA NELAYAN DISELAMATKAN DISERAH KEPADA INDONESIA
MAJLIS PEMAKAIAN PANGKAT PEGAWAI PENGUAT KUASA LAIN-LAIN PANGKAT MARITIM MALAYSIA .
PUTRAJAYA, 22 Mac – Seramai sembilan anggota penguat kuasa Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menerima pemangkuan pangkat pada satu Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Penguat Kuasa Lain - Lain Pangkat (LLP) Maritim Malaysia yang diadakan di Ibu Pejabat Maritim Malaysia, hari ini.
Majlis itu disempurnakan oleh Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Hamid Hj Mohd Amin dengan iringan Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Maritim Malaysia, Mohd Norzam Mustapa.
Mendahului senarai penerima pangkat bagi Pegawai Waran II Maritim Gred T10 ialah Bintara Kanan Maritim Noorhisham Tumiran dan Bintara Kanan Maritim Rahim Basiron.
Seterusnya, penerima bagi pemakaian pangkat Bintara Kanan Maritim Gred T8 didahului oleh Bintara Muda Maritim Khairul Anuar Md Diah diikuti dengan Bintara Muda Maritim Amran Samsudin dan Bintara Muda Maritim Kamarul Zaman Bin Mat Arifin.
Akhir sekali, pemakaian pangkat Bintara Muda Maritim Gred T6 diterima oleh Laskar Kanan Maritim Azman Omar, Laskar Kanan Maritim Norsahlizan Dahlan, Laskar Kanan Maritim Mohamad Fuad Ahmad dan Laskar Kanan Maritim Fred Justine.
Tahniah diucapkan kepada semua penerima kenaikan pangkat. Selamat maju jaya.