25
Kha, Apr

Grid List

LAGI 50 UNIT BUBU NAGA DIRAMPAS DI PERAIRAN KERIAN

35 SET BUBU NAGA TERUS DIRAMPAS DI PULAU TALANG

DUA WARGA TEMPATAN BERSAMA SEBUAH BOT PENUMPANG DITAHAN

ZON MARITIM BINTULU | BOT NELAYAN ASING CEROBOH PERAIRAN SARAWAK DITAHAN

OP KHAS PAGAR LAUT FASA 3 CATAT 55 KES TANGKAPAN

MARITIM NEGERI PERAK TERUS MERAMPAS BUBU NAGA DI PULAU TALANG

BOT NELAYAN ‘TARIK TEPI’ DITAHAN MARITIM MALAYSIA

MARITIM NEGERI PAHANG | DUA PEMILIK BOT NELAYAN DIJATUHKAN HUKUMAN DENDA

OP CARILAMAT : DUA PEMANCING DIKHUATIRI HILANG DITEMUKAN SELAMAT DI TELUK JUARA, PULAU TIOMAN

KUANTAN, 18 Januari - Dua pemancing yang dikhuatiri hilang selepas tidak pulang seperti yang dijadualkan pada Isnin lalu, ditemukan selamat pada jam sekitar 2.30 petang.

Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Kamal Ariffin bin Jusoh berkata, Operasi Mencari dan Menyelamat (CARILAMAT) telah ditamatkan setelah Maritime Rescue Sub-Centre (MRSC) Kuantan menerima panggilan daripada Balai Polis Rompin memaklumkan dua pemancing yang hilang telah ditemukan dalam keadaan lemah oleh orang awam di Teluk Juara, Pulau Tioman.

Menurut pengadu, Ooi Boon Kun, 59 tahun kedua-dua mangsa merupakan pekerja resort milik beliau telah keluar memancing dengan menaiki bot fiber dari Teluk Juara dan kebiasaannya akan pulang pada hari yang sama.

Usaha menjejaki mereka juga menemukan jalan buntu selepas telefon bimbit dua pemancing itu gagal dihubungi, mangsa yang dikenali sebagai Chia Swee Kwong, 49 tahun dan Zulfahmi Izzudin Gan bin Abdullah, 45 tahun.

Pengadu juga telah mengesahkan bahawa kedua-dua lelaki yang ditemui adalah mangsa yang dicari seterusnya mereka telah dibawa ke Klinik Kesihatan Tekek, Pulau Tioman bagi rawatan lanjut.

Mangsa memaklumkan bot mereka kehabisan minyak dan dipukul ombak menyebabkan bot karam.

Kedua-dua mangsa terselamat kerana memakai jaket keselamatan dan berenang menuju ke daratan yang berdekatan.

Maritim Malaysia mengingatkan orang ramai dan penduduk sekitar supaya berhati-hati dan berwaspada apabila berada di laut dengan mematuhi undang-undang dan sentiasa memakai jaket keselamatan memandangkan musim tengkujuh masih lagi belum berakhir dangan laut bergelora dan angin kuat.

Sebarang maklumat berkaitan kejadian kecemasan dan kegiatan jenayah di laut, orang ramai boleh menghubungi Pusat Operasi Maritim Negeri Pahang di talian 09-5717345 atau MERS 999 untuk maklum balas segera.

Grid List

KUNJUNGAN HORMAT SUHAKAM KE IBU PEJABAT MARITIM NEGERI KEDAH DAN PERLIS

LANGKAWI, 24 APRIL – Maritim Negeri Kedah dan Perlis menerima kunjungan hormat dari delegasi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) yang diketuai oleh Datuk Mariati Robert, Professor Dato’ Noor Aziah binti Mohd Awai, pegawai SUHAKAM serta wakil daripada Agensi Pelarian Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNHCR).

Delegasi telah disambut Pengarah Maritin Negeri Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Romli Mustafa bersama Timbalan Pengarah (Operasi) Maritim Negeri Kedah dan Perlis, Kapten Maritim Mohammad Nasir Man serta Pengarah Zon Maritim Kuala Kedah, Komander Maritim Noor Azreyanti Ishak dan Timbalan Pengarah (Operasi) Zon Maritim Kuala Perlis, Leftenan Maritim Fazmin Shah Md Rafee Shah.

Lawatan kerja ini adalah bertujuan bagi membincangkan isu kemasukan pelarian dan migran tanpa dokumen yang masuk ke negara ini menerusi perairan Langkawi.

Selain itu, sesi pemantauan SUHAKAM terutamanya di Langkawi turut dilakukan untuk melihat penguatkuasaan Agensi terhadap aktiviti pemerdagangan dan penyeludupan pelarian serta migran tanpa dokumen yang berlaku di perairan Langkawi.

 

SUHAKAM KEDAH 3
 
SUHAKAM KEDAH
 
SUHAKAM KEDAH 4
hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC