JOHOR BAHRU, 29 Disember 2022 – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Johor berjaya menumpaskan cubaan seludup masuk rokok kretek disyaki dari negara jiran di perairan Pontian awal pagi tadi.
Pengarah Maritim Negeri Johor, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam bin Zakaria berkata, rampasan itu dilakukan ketika bot ronda Maritim Malaysia sedang melaksanakan OP JAKSA dan OP KHAS SAPU AIR 2022 yang telah mengesan sebuah bot pancung tanpa nombor pendaftaran berada dalam keadaan mencurigakan di pesisir pantai Teluk Kerang, Pontian pada jam 1.30 pagi.
Hasil pemeriksaan awal menemukan, lima kotak dipercayai mengandungi rokok kretek berada di atas bot fiber berwarna biru dan enam kotak lagi berada di tepi pantai Teluk Kerang.
Manakala 29 kotak lagi ditemukan dalam sebuah van putih model Toyota yang ditinggalkan dipercayai mengandungi rokok kretek hasil pemeriksaan lanjut di sekitar pantai lokasi operasi. Kesemua rokok kretek disyaki diseludup masuk dari negara jiran Indonesia untuk dijual secara haram dalam negara ini.
Bot fiber berserta sebuah enjin jenama Yamaha 40 kuasa kuda, van dan 40 buah kotak rokok disita sebelum dibawa ke Jeti Maritim Negeri Johor Sungai Pulai untuk diserahkan kepada pegawai penyiasat. Kes disiasat di bawah Seksyen 135 Akta Kastam 1967.Hasil keseluruhan nilai rampasan rokok termasuk bot fiber berserta enjin dan van dianggarkan bernilai lebih RM 500 ribu. Maritim Negeri Johor sentiasa akan memastikan perairan di negerinya bebas daripada sebarang ancaman jenayah rentas sempadan.
LAKUKAN PELBAGAI KESALAHAN, SEBUAH BOT PUKAT JERUT BILIS DITAHAN
DUA BOT NELAYAN VIETNAM CEROBOH PERAIRAN NEGARA DITAHAN
MARITIM MALAYSIA AKTIFKAN SEMULA OP PAGAR LAUT SEMPENA RAMADAN DAN SYAWAL
BOT NELAYAN KELAS B DITAHAN LANGGAR SYARAT LESEN
LAGI 27 SET BUBU NAGA DIRAMPAS DI PERAIRAN PULAU TALANG .
34 SET BUBU NAGA DIRAMPAS DI PERAIRAN PULAU TALANG
DUA NELAYAN DISELAMATKAN DISERAH KEPADA INDONESIA
PENDATANG ASING TANPA IZIN GAGAL LOLOS DIRI PULANG KE NEGARA ASAL
KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH MARITIM NEGERI TERENGGANU KE ATAS EXCO TERENGGANU
KUALA TERENGGANU, 20 Mac – Pengarah Maritim Negeri Terengganu, Kepten Maritim Mohd Khairulanuar bin Abd Majid telah mengadakan kunjungan hormat ke atas EXCO Pertanian,Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa Negeri Terengganu, YB Dr. Azman Ibrahim di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu.
Kunjungan hormat ini bertujuan untuk membincangkan mengenai isu-isu semasa berkaitan pencerobohan bot nelayan asing di perairan negara, isu berkaitan bot-bot nelayan tempatan, pengoperasian dan penguatkuasaan serta hal-hal berkaitan.