GEORGETOWN, 28 Disember - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pulau Pinang melupuskan bot nelayan asing dan tempatan serta peralatan menangkap ikan bernilai RM 192,000.00 setelah mendapat keputusan lucut hak oleh mahkamah di Limbongan Batu Maung, di sini hari ini.
Pelupusan yang dilakukan melalui kaedah hancur musnah ini melibatkan lima buah bot nelayan asing Indonesia, sebuah bot fiber nelayan tempatan, 492 set bubu naga dan dua unit pukat lohong hasil tangkapan yang dilakukan pada tahun 2021.
Kes pelupusan lucut hak kali ini melibatkan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985 seperti tiada permit menangkap ikan di perairan Malaysia terutama bot nelayan asing Indonesia, penggunaan peralatan menangkap ikan yang tidak dibenarkan untuk kes penggunaan bubu naga dan pukat lohong serta bot tempatan yang tidak memiliki nombor pendaftaran.
Pelupusan secara lupus musnah ini adalah mesej jelas oleh Maritim Negeri Pulau Pinang yang tegas dalam melaksanakan undang-undang dalam memastikan sumber perikanan negara dapat dilindungi serta tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak terhadap sebarang pelanggaran undang-undang yang berlaku di dalam perairan negara demi memastikan kesejahteraan dan keselamatan perairan negara sentiasa terpelihara.
Sepanjang tahun ini sehingga November 2022, sebanyak 4379 pemeriksaan dan penggeledahan dilakukan oleh pegawai dan anggota Maritim Negeri Pulau Pinang dengan 76 tangkapan dilakukan yang melibatkan kesalahan atas pelbagai akta dilakukan termasuk 10 kes pengusiran melibatkan bot nelayan asing Indonesia.
Sebarang aduan salah laku jenayah maritim atau sebarang kecemasan di laut segera hubungi talian hotline Pusat Operasi Maritim Negeri Pulau Pinang di talian (04-2626146) atau talian kecemasan MERS 999.
LAGI 50 UNIT BUBU NAGA DIRAMPAS DI PERAIRAN KERIAN
35 SET BUBU NAGA TERUS DIRAMPAS DI PULAU TALANG
DUA WARGA TEMPATAN BERSAMA SEBUAH BOT PENUMPANG DITAHAN
ZON MARITIM BINTULU | BOT NELAYAN ASING CEROBOH PERAIRAN SARAWAK DITAHAN
OP KHAS PAGAR LAUT FASA 3 CATAT 55 KES TANGKAPAN
MARITIM NEGERI PERAK TERUS MERAMPAS BUBU NAGA DI PULAU TALANG
BOT NELAYAN ‘TARIK TEPI’ DITAHAN MARITIM MALAYSIA
MARITIM NEGERI PAHANG | DUA PEMILIK BOT NELAYAN DIJATUHKAN HUKUMAN DENDA
KUNJUNGAN HORMAT SUHAKAM KE IBU PEJABAT MARITIM NEGERI KEDAH DAN PERLIS
LANGKAWI, 24 APRIL – Maritim Negeri Kedah dan Perlis menerima kunjungan hormat dari delegasi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) yang diketuai oleh Datuk Mariati Robert, Professor Dato’ Noor Aziah binti Mohd Awai, pegawai SUHAKAM serta wakil daripada Agensi Pelarian Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNHCR).
Delegasi telah disambut Pengarah Maritin Negeri Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Romli Mustafa bersama Timbalan Pengarah (Operasi) Maritim Negeri Kedah dan Perlis, Kapten Maritim Mohammad Nasir Man serta Pengarah Zon Maritim Kuala Kedah, Komander Maritim Noor Azreyanti Ishak dan Timbalan Pengarah (Operasi) Zon Maritim Kuala Perlis, Leftenan Maritim Fazmin Shah Md Rafee Shah.
Lawatan kerja ini adalah bertujuan bagi membincangkan isu kemasukan pelarian dan migran tanpa dokumen yang masuk ke negara ini menerusi perairan Langkawi.
Selain itu, sesi pemantauan SUHAKAM terutamanya di Langkawi turut dilakukan untuk melihat penguatkuasaan Agensi terhadap aktiviti pemerdagangan dan penyeludupan pelarian serta migran tanpa dokumen yang berlaku di perairan Langkawi.