23
Sel, Apr

Grid List

MARITIM NEGERI PERAK TERUS MERAMPAS BUBU NAGA DI PULAU TALANG

BOT NELAYAN ‘TARIK TEPI’ DITAHAN MARITIM MALAYSIA

MARITIM NEGERI PAHANG | DUA PEMILIK BOT NELAYAN DIJATUHKAN HUKUMAN DENDA

MARITIM NEGERI PERAK | DUA BOT NELAYAN DITAHAN, GAJIKAN PEKERJA ASING TANPA PERMIT

WARGA ASING BEKERJA DI ATAS BOT NELAYAN SECARA HARAM DITAHAN

DUA BOT NELAYAN TEMPATAN DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN DITAHAN

RAMPASAN BUBU NAGA DI PULAU TALANG, BUKTI NELAYAN MASIH BERDEGIL

TIGA BOT NELAYAN ASING DITAHAN DISYAKI CEROBOH PERAIRAN NEGARA

BOT NELAYAN TEMPATAN KARAM, LIMA SELAMAT

KOTA TINGGI, 17 Disember - Lima orang kru bot nelayan tempatan terselamat apabila bot dinaiki mereka karam di kedudukan 5.3 batu nautika timur Tanjung Lompat pada jam lebih kurang 5.30 pagi semalam.

Pengarah Maritim Negeri Johor, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam bin Zakaria berkata, Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Johor Bahru menerima panggilan dari kapal MT Atlantica Breeze memaklumkan sebuah bot nelayan telah hanyut sehingga melanggar kapal mereka.

Bot PERKASA 29 dan PERKASA 30 telah diatur gerak ke lokasi dan hasil pemeriksaan mendapati kejadian berpunca dari kerosakan enjin bot nelayan tersebut.

Keadaan cuaca buruk yang buruk pada ketika itu telah menyebabkan bot hanyut dan melanggar kapal MT Atlantica Breeze yang sedang bersauh di kawasab tersebut.

Akibat dari pelanggaran itu, bot telah mengalami kebocoran dan mulai karam. Kesemua lima kru termasuk tekong bertindak terjun ke laut dan diberi bantuan awal oleh kapal tangki serta bot nelayan tempatan yang berada sekitar kawasan itu.

Kelima-lima mangsa merupakan warga Indonesia berumur 30 hingga 43 tahun dan mempunyai dokumen pengenalan diri serta permit yang sah. Dua daripada mangsa telah dibawa ke jeti Zon Maritim Tanjung Sedili seterusnya ke Klinik Kesihatan Tanjung Sedili untuk rawatan kerana mengalami kecederaan ringan.

Pihak Maritim Malaysia merakamkan setinggi - tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam memberikan bantuan pantas kepada mangsa terlibat.

Maritim Malaysia juga ingin menasihatkan kepada orang ramai terutamanya komuniti maritim supaya cakna dengan perubahan cuaca dan mengutamakan keselamatan. Tangguhkan sebarang aktiviti sekiranya keadaan tidak mengizinkan. Sebarang kecemasan segera hubungi talian MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Negeri Johor di talian 07 - 219 9404

 

b79c65a9 28a9 4bfd ad9d 1cc87cd7a4b1 WhatsApp Image 2022 12 17 at 10.51.37 AM 1 
   
Grid List

KUNJUNGAN HORMAT MARITIM NEGERI PAHANG KE JABATAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN KOS SARA HIDUP

KUANTAN, 19 APRIL – Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Mazlan bin Mat Rejab telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Pengarah Jabatan Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Negeri Pahang, Puan Jezlily binti Jamaluddin di Pejabat Pengarah KPDN Negeri Pahang, semalam.

Turut mengiringi pengarah dalam kunjungan tersebut Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasaan dan Eksesais, Komander Maritim Abdul Halim bin Hamzah serta Timbalan Pengarah Pengurusan Maritim Negeri Pahang, Puan Juzilawati binti Kamarudin.

Kunjungan hormat tersebut merupakan platform membincang dan mengeratkan hubungan yang telah terjalin disamping berkongsi ideologi dan strategi antara jabatan ke arah kecemerlangan bersama pada masa akan datang.

 

WhatsApp Image 2024 04 19 at 2.36.23 PM 1
 
WhatsApp Image 2024 04 19 at 2.36.23 PM

 

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC