PUTRAJAYA, 20 Disember – Buat julung kalinya Maritim Malaysia menerima kunjungan daripada Commandant of the Turkish Coast Guard, Rear Admiral Ahmet Kendir di Ibu Pejabat, Putrajaya.
Tujuan kunjungan ini diadakan adalah sebagai membalas lawatan kerja rasmi Ketua Pengarah Maritim Malaysia ke Turkeye baru-baru ini selain menjadi platform bertukar-tukar pandangan mengenai aspek kepakaran, kemahiran dan latihan antara kedua-dua badan penguat kuasa maritim.
Delegasi disambut oleh Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Dato' Mohd Zubil bin Mat Som, diiringi Timbalan Ketua Pengarah (Logistik), Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan bin Ibrahim serta Pengarah Bahagian Penguatkuasaan dan Penyelarasan Maritim merangkap Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), Laksamana Muda Maritim Hamid bin Haji Mohd Amin.
Delegasi tiba pada jam 9 pagi disambut dengan kawalan keselamatan setempat oleh para anggota Maritim Malaysia di perkarangan ibu pejabat.
Selepas menerima tabik hormat, Rear Admiral Ahmet Kendir dibawa ke pejabat Ketua Pengarah bagi memulakan sesi kunjungan hormat, delegasi beliau terdiri daripada Pegawai Khas dan Pegawai Kanan bidang kemahiran dan latihan Turkish Coast Guard.
Kira-kira 30 minit sesi kunjungan hormat berlangsung, Commandant Turkish Coast Guard meluangkan masa menandatangani buku tetamu dan kedua-dua pihak bertukar-tukar cenderahati.
Kemudian, delegasi dibawa ke Auditorium untuk menerima taklimat pengenalan dan sesi pertemuan dengan ketua-ketua bahagian serta pegawai kanan di Ibu Pejabat Maritim Malaysia.
Majlis diakhiri dengan sesi bergambar sebagai kenang-kenangan di Geladak Bendera aras 11 sebelum delegasi bergerak pulang ke hotel penginapan di Kuala Lumpur.
BOT KARAM, LIMA NELAYAN SELAMAT
LAKUKAN PELBAGAI KESALAHAN, SEBUAH BOT PUKAT JERUT BILIS DITAHAN
DUA BOT NELAYAN VIETNAM CEROBOH PERAIRAN NEGARA DITAHAN
MARITIM MALAYSIA AKTIFKAN SEMULA OP PAGAR LAUT SEMPENA RAMADAN DAN SYAWAL
BOT NELAYAN KELAS B DITAHAN LANGGAR SYARAT LESEN
LAGI 27 SET BUBU NAGA DIRAMPAS DI PERAIRAN PULAU TALANG .
34 SET BUBU NAGA DIRAMPAS DI PERAIRAN PULAU TALANG
DUA NELAYAN DISELAMATKAN DISERAH KEPADA INDONESIA
MAJLIS PEMAKAIAN PANGKAT PEGAWAI PENGUAT KUASA LAIN-LAIN PANGKAT MARITIM MALAYSIA .
PUTRAJAYA, 22 Mac – Seramai sembilan anggota penguat kuasa Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menerima pemangkuan pangkat pada satu Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Penguat Kuasa Lain - Lain Pangkat (LLP) Maritim Malaysia yang diadakan di Ibu Pejabat Maritim Malaysia, hari ini.
Majlis itu disempurnakan oleh Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Hamid Hj Mohd Amin dengan iringan Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Maritim Malaysia, Mohd Norzam Mustapa.
Mendahului senarai penerima pangkat bagi Pegawai Waran II Maritim Gred T10 ialah Bintara Kanan Maritim Noorhisham Tumiran dan Bintara Kanan Maritim Rahim Basiron.
Seterusnya, penerima bagi pemakaian pangkat Bintara Kanan Maritim Gred T8 didahului oleh Bintara Muda Maritim Khairul Anuar Md Diah diikuti dengan Bintara Muda Maritim Amran Samsudin dan Bintara Muda Maritim Kamarul Zaman Bin Mat Arifin.
Akhir sekali, pemakaian pangkat Bintara Muda Maritim Gred T6 diterima oleh Laskar Kanan Maritim Azman Omar, Laskar Kanan Maritim Norsahlizan Dahlan, Laskar Kanan Maritim Mohamad Fuad Ahmad dan Laskar Kanan Maritim Fred Justine.
Tahniah diucapkan kepada semua penerima kenaikan pangkat. Selamat maju jaya.