GEORGETOWN, 18 Disember - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pulau Pinang telah menahan sebuah bot nelayan tempatan dan sebuah bot nelayan asing Indonesia pada pada 16 Disember baru-baru ini.
Pengarah Maritim Negeri Pulau Pinang, Kepten Maritim Abd Razak bin Mohamed berkata, Kapal ronda Maritim Malaysia telah melakukan penahanan pertama sebuah bot nelayan tempatan kelas C di kedudukan 71 batu nautika barat Pulau Kendi lebih kurang jam 1.50 tengahari manakala sebuah bot nelayan asing Indonesia di kedudukan 19.8 batu nautika bart daya Pulau Kendi lebih kurang jam 7.20 petang ketika melaksanakan rondaan Op Tanjung.
Hasil pemeriksaan, bot nelayan tempatan yang berpangkalan di Hutan Melintang, Perak dikendalikan oleh enam orang Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) warga Myanmar setelah mendapati tiada sebarang dokumen pengenalan diri serta permit bekerja ketika pemeriksaan dilakukan dan kesemua mereka berada dalam lingkungan 35 hingga 50 tahun.
Mereka disyaki telah melakukan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1959/63 iaitu tiada permit menggajikan warga asing daripada Ketua Pengarah Perikanan Malaysia serta tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan diri yang sah.
Manakala hasil pemeriksaan ke atas bot nelayan asing Indonesia mendapati, bot terbabit berpangkalan di Tanjung Balai, Indonesia dan dikendalikan oleh lima kru warga Indonesia berumur lingkungan 13 hingga 30 tahun.
Kesemua mereka juga gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri dan permit menangkap ikan di perairan Malaysia.
Mereka disyaki telah melakukan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1959/63 iaitu menangkap ikan di perairan Malaysia tanpa permit daripada Ketua Pengarah Perikanan Malaysia serta tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan diri yang sah
Kedua-dua bot serta kesemua kru ditahan termasuk hasil laut dibawa di Jeti Limbongan Batu Maung untuk diserahkan kepada Pegawai Penyiasat Maritim Malaysia untuk siasatan lanjut.
Maritim Malaysia menegaskan kepada semua terutama komuniti nelayan tempatan termasuk pemilik bot agar mematuhi peraturan yang telah ditetapkan dan tidak akan berkompromi dengan mereka yang sengaja melanggar undang-undang Persekutuan yang sedia ada serta memastikan perairan negara sentiasa terkawal dari isu pencerobohan bot nelayan asing.
Sebarang aduan salah laku jenayah maritim atau sebarang kecemasan di laut segera hubungi talian hotline Pusat Operasi Maritim Negeri Pulau Pinang di talian (04-2626146) atau talian kecemasan MERS 999.
LAKUKAN PELBAGAI KESALAHAN, SEBUAH BOT PUKAT JERUT BILIS DITAHAN
DUA BOT NELAYAN VIETNAM CEROBOH PERAIRAN NEGARA DITAHAN
MARITIM MALAYSIA AKTIFKAN SEMULA OP PAGAR LAUT SEMPENA RAMADAN DAN SYAWAL
BOT NELAYAN KELAS B DITAHAN LANGGAR SYARAT LESEN
LAGI 27 SET BUBU NAGA DIRAMPAS DI PERAIRAN PULAU TALANG .
34 SET BUBU NAGA DIRAMPAS DI PERAIRAN PULAU TALANG
DUA NELAYAN DISELAMATKAN DISERAH KEPADA INDONESIA
PENDATANG ASING TANPA IZIN GAGAL LOLOS DIRI PULANG KE NEGARA ASAL
KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH MARITIM NEGERI TERENGGANU KE ATAS EXCO TERENGGANU
KUALA TERENGGANU, 20 Mac – Pengarah Maritim Negeri Terengganu, Kepten Maritim Mohd Khairulanuar bin Abd Majid telah mengadakan kunjungan hormat ke atas EXCO Pertanian,Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa Negeri Terengganu, YB Dr. Azman Ibrahim di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu.
Kunjungan hormat ini bertujuan untuk membincangkan mengenai isu-isu semasa berkaitan pencerobohan bot nelayan asing di perairan negara, isu berkaitan bot-bot nelayan tempatan, pengoperasian dan penguatkuasaan serta hal-hal berkaitan.