GEORGETOWN, 16 November – Pusat Operasi (PUSOP) Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pulau Pinang, telah menerima panggilan daripada komuniti nelayan mengenai penemuan satu mayat lelaki terapung berhampiran sangkar ikan Pulau Jerejak sekitar jam 8.10 pagi tadi.
Pengarah Maritim Malaysia Negeri Pulau Pinang, Kepten Maritim Abd Razak bin Mohamed berkata, sebaik menerima laporan tersebut, bot ronda KILAT 26 telah diatur gerak ke lokasi dengan bantuan nelayan tempatan yang berada di lokasi tersebut.
Semalam, Maritim Malaysia telah mengaktifkan operasi Mencari dan Menyelamat (CARILAMAT) berikutan menerima maklumat sebuah bot dijumpai terapung tanpa kru di perairan sangkar ikan Batu Maung lebih kurang jam 9.00 pagi semalam.
Mangsa yang ditemui dikenalpasti sebagai Muraley a/l Varathaiah, 54, beralamat di Taman Merak Jaya, Simpang Empat Pulau Pinang hasil pengesahan identiti mayat oleh ahli keluarga mangsa.
Mayat mangsa kemudian dibawa ke jeti Polis Marin Batu Uban dan disanitasi oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebelum diserahkan kepada pihak Polis Batu Maung untuk dibawa ke Hospital Besar Pulau Pinang untuk proses bedah siasat serta siasatan lanjut.
Pencarian seorang lagi mangsa masih diteruskan oleh agensi yang terlibat termasuk mendapat bantuan daripada beberapa buah bot komuniti nelayan setempat.
Maritim Malaysia sentiasa mengalu-alukan sebarang maklumat perlakuan jenayah daripada komuniti maritim serta kecemasan di laut boleh dilaporkan terus ke talian Pusat Operasi Maritim Negeri Pulau Pinang 04-2626146 atau MERS 999.
![]()
![]()
KETUA PENGARAH MARITIM TIBA DI LANGKAWI SEMPENA PENUTUP EKSESAIS MARITIM PERKASA BARAT
KETUA PENGARAH MARITIM TIBA DI LANGKAWI SEMPENA PENUTUP EKSESAIS MARITIM PERKASA BARAT
MARITIM MALAYSIA SERTAI SARCOMEX BERSAMA INDONESIA AND THAILAND
OPV 1 UJI KEMAMPUAN DALAM EKSESAIS MARITIM PERKASA BARAT
GAGAL MELAPORKAN KETIBAAN DI PERAIRAN PULAU PANGKOR, KAPAL KARGO DITAHAN
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN 413 PATI MASUK SECARA HARAM MELALUI SELAT MELAKA
KAPAL TANGKI DITAHAN KERANA BERSAUH SECARA HARAM
SEMBILAN WARGA ASING DIHUKUM PENJARA, TANGKAP IKAN TANPA PERMIT DI PERAIRAN MALAYSIA
KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH KEJURUTERAAN MK TLDM KE ATAS PENGARAH MARITIM NEGERI PAHANG
KUANTAN, 1 Disember – Pengarah Kanan Kejuruteraan MK Tentera Laut Di Raja Malaysia (TLDM), Laksamana Pertama Ts. Rozaide bin Megat Othman telah membuat kunjungan hormat kepada Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Kamal Ariffin bin Jusoh, hari ini.
Delegasi lawatan tiba kira-kira jam 9.00 pagi disambut oleh pasukan Kawalan Kehormatan Setempat (KKS B) sebelum membuat pemeriksaan baris seterusnya menandatangani buku pelawat di lobi Ibu Pejabat Maritim Negeri Pahang.
Pertemuan ulung ini merupakan inisiatif kedua-dua pihak memperkasakan hubungan kerjasama erat yang sedia terjalin dan penambahbaikan ke arah kecemerlangan Maritim Malaysia dan TLDM seiring dengan matlamat dan komitmen dalam melindungi dan mempertahankan kedaulatan perairan Zon Maritim Malaysia.
Kerjasama berterusan ini juga akan menjadi tonggak utama dalam memastikan peranan dan fungsi tugas pengoperasian kedua-dua agensi berada ditahap yang optimum di samping bertukar pandangan mengenai pembangunan dan tahap kesiagaan aset sedia ada.
Pertemuan diakhiri dengan pertukaran cenderahati sebagai tanda kerjasama harmoni yang terjalin melalui kunjungan hormat ini.
![]() |
![]() |
![]() |