18
Kha, Apr

Grid List

KOTAK HITAM HELIKOPTER AW 139 MARITIM MALAYSIA DITEMUKAN

30 SET BUBU NAGA DIRAMPAS DI PERAIRAN TALANG

GAGAL ISYTIHAR MUATAN, BOT KARGO DITAHAN MARITIM MALAYSIA

27 SET BUBU NAGA DIRAMPAS DAN BOT NELAYAN KELAS C DITAHAN LANGGAR SYARAT LESEN

DUA BOT NELAYAN TEMPATAN DITAHAN DAN 25 SET BUBU NAGA DIRAMPAS MARITIM NEGERI PERAK

MARITIM MALAYSIA TAHAN BOT BERSAMA MUATAN 500 LITER PETROL TANPA PERMIT

TAHAN BOT TUNDA, TIADA LESEN PERKAPALAN DALAM NEGERI (DSL)

PINDAH 10,000 LITER DIESEL SECARA ‘HARAM’, SEBUAH BOT TUNDA DAN LORI TANGKI DISITA

53 SET BUBU NAGA BERNILAI HAMPIR RM 4,000 DIRAMPAS DI PERAK

KUALA KURAU, 12 November - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) melalui Zon Maritim Kuala Kurau telah merampas 53 set bubu naga di kedudukan 0.5 hingga 0.7 batu nautika barat Muara Kuala Terong, Perak pada sekitar jam 9.35 malam tadi.
Pengarah Zon Maritim Kuala Kurau, Komander Maritim Mohd Najhan bin Azman Hamid berkata, semasa rondaan rutin dalam keadaan hujan di perairan Larut Matang, pasukan bot peronda Maritim Malaysia telah menemukan beberapa pelampung yang mencurigakan dan disyaki penanda kepada bubu naga.
Hasil pemeriksaan ke atas pelampung itu mendapati terdapat sebanyak 53 set bubu naga di tiga lokasi berasingan di lokasi.Kesemua bubu naga dan penanda dirampas sebelum dibawa ke Jeti Zon Maritim Kuala Kurau untuk siasatan.Anggaran nilai rampasan bubu naga pada kali ini berjumlah RM 3,710 dengan nilai RM 70 untuk setiap set.
 
Kes disiasat di bawah Seksyen 11(3)(c) Akta Perikanan 1985 kerana memasang atau meletakkan belat ikan, peralatan atau peranti mengumpul ikan yang tidak dilesenkan tanpa kebenaran bertulis daripada Ketua Pengarah Perikanan Malaysia.
Maritim Malaysia mengingatkan kepada semua komuniti nelayan agar sentiasa mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan demi kesejahteraan dan kelestarian ekosistem perairan Malaysia.
Sebarang aduan dan kecemasan yang berlaku di laut, orang ramai boleh melaporkannya ke MERS 999 atau Pusat Operasi Zon Maritim Kuala Kurau di talian 05-7279919 untuk tindakan segera.
WhatsApp Image 2022 11 12 at 15.24.09   WhatsApp Image 2022 11 12 at 15.24.08
 
Grid List

KUNJUNGAN HORMAT MARITIM NEGERI TERENGGANU KE JABATAN PEGANGKUTAN JALAN

KUALA TERENGGANU, 17 APRIL – Pengarah Maritim Negeri Terengganu, Kepten Maritim Mohd Khairulanuar bin Abd Majid telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Terengganu, Zulkarnain bin Yasin di Pejabat Pengarah JPJ Negeri Terengganu semalam.

Turut mengiringi Pengarah dalam kunjungan tersebut Komander Maritim Mohd Firdaus bin Mohd Anuar serta Timbalan Pengarah Pengurusan Maritim Negeri Terengganu, En. Mohd Mufsi bin Lat.

Dalam kunjungan tersebut kedua-dua agensi membincangkan mengenai cabaran penguat kuasa dan kerjasama yang boleh dilaksanakan bersama di masa hadapan.

 

LAWAT JPJ
 
LAWAT JPJ 2
hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC