KUANTAN, 8 November - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pahang telah menahan sebuah bot nelayan tempatan pukat jerut Kelas C2 yang disyaki melanggar syarat sah lesen kerana menggaji kru asing tanpa permit yang sah pada jarak lebih kurang 4.6 batu nautika dari Kuala Endau Rompin, lebih kurang jam 9.30 pagi semalam.
Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Kamal Ariffin bin Jusoh berkata, bot tersebut yang sedang bergerak menuju ke muara Sungai Endau, Rompin diperiksa seterusnya ditahan oleh bot pemintas Maritim Malaysia yang sedang dalam rondaan Op Makmur di perairan Pahang.
Hasil pemeriksaan mendapati bot tersebut melakukan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1959/63 dimana 15 kru disyaki menggunakan permit kerja yang telah tamat tempoh manakala sembilan kru termasuk tekong tidak memiliki dokumen yang sah.
Pemeriksaan lanjut ke atas bot tersebut mendapati dua kru termasuk tekong warga Thailand dan 22 kru warga Kemboja kesemuanya seramai 24 orang berumur antara 21 hingga 50 tahun.
Bot dan kesemua kru termasuk tekong telah ditahan dan diiring masuk ke Jeti Pos Maritim Teluk Gading, Rompin bersama peralatan menangkap ikan dan hasil laut yang dianggarkan sebanyak 4000 kilogram untuk diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia untuk tindakan selanjutnya.
Maritim Malaysia akan memperkasakan penguatkuasaan serta menggesa komuniti maritim terutamanya komuniti nelayan tempatan agar sentiasa mematuhi undang-undang dan mengutamakan keselamatan apabila berada di laut dengan sentiasa memakai jaket keselamatan.
Maritim Malaysia juga mengingatkan komuniti maritim di Perairan Pahang khasnya supaya menjauhi sebarang aktiviti penyalahgunaan dadah dan sebarang aktiviti yang menyalahi undang-undang bagi memastikan Perairan Negeri Pahang aman dan sejahtera.
Sebarang maklumat berkaitan kegiatan jenayah atau kejadian kecemasan di laut boleh terus menghubungi Pusat Operasi Maritim Negeri Pahang di talian 09-5717345 atau melalui talian bantuan kecemasan MERS 999.
![]()
![]()
KETUA PENGARAH MARITIM TIBA DI LANGKAWI SEMPENA PENUTUP EKSESAIS MARITIM PERKASA BARAT
KETUA PENGARAH MARITIM TIBA DI LANGKAWI SEMPENA PENUTUP EKSESAIS MARITIM PERKASA BARAT
MARITIM MALAYSIA SERTAI SARCOMEX BERSAMA INDONESIA AND THAILAND
OPV 1 UJI KEMAMPUAN DALAM EKSESAIS MARITIM PERKASA BARAT
GAGAL MELAPORKAN KETIBAAN DI PERAIRAN PULAU PANGKOR, KAPAL KARGO DITAHAN
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN 413 PATI MASUK SECARA HARAM MELALUI SELAT MELAKA
KAPAL TANGKI DITAHAN KERANA BERSAUH SECARA HARAM
SEMBILAN WARGA ASING DIHUKUM PENJARA, TANGKAP IKAN TANPA PERMIT DI PERAIRAN MALAYSIA
KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH KEJURUTERAAN MK TLDM KE ATAS PENGARAH MARITIM NEGERI PAHANG
KUANTAN, 1 Disember – Pengarah Kanan Kejuruteraan MK Tentera Laut Di Raja Malaysia (TLDM), Laksamana Pertama Ts. Rozaide bin Megat Othman telah membuat kunjungan hormat kepada Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Kamal Ariffin bin Jusoh, hari ini.
Delegasi lawatan tiba kira-kira jam 9.00 pagi disambut oleh pasukan Kawalan Kehormatan Setempat (KKS B) sebelum membuat pemeriksaan baris seterusnya menandatangani buku pelawat di lobi Ibu Pejabat Maritim Negeri Pahang.
Pertemuan ulung ini merupakan inisiatif kedua-dua pihak memperkasakan hubungan kerjasama erat yang sedia terjalin dan penambahbaikan ke arah kecemerlangan Maritim Malaysia dan TLDM seiring dengan matlamat dan komitmen dalam melindungi dan mempertahankan kedaulatan perairan Zon Maritim Malaysia.
Kerjasama berterusan ini juga akan menjadi tonggak utama dalam memastikan peranan dan fungsi tugas pengoperasian kedua-dua agensi berada ditahap yang optimum di samping bertukar pandangan mengenai pembangunan dan tahap kesiagaan aset sedia ada.
Pertemuan diakhiri dengan pertukaran cenderahati sebagai tanda kerjasama harmoni yang terjalin melalui kunjungan hormat ini.
![]() |
![]() |
![]() |