LUMUT, 19 Oktober – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Perak menahan dua bot nelayan tempatan (BNT) kelas B pada kedudukan lebih kurang 1.5 batu nautika barat daya muara Pantai Remis sekitar jam 6.10 petang kelmarin.
Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohd Hambali bin Ya’akup berkata, tangkapan berkenaan dilakukan oleh bot Maritim Malaysia selepas menerima aduan komuniti nelayan setempat.
Hasil pemeriksaan awal mendapati, bot pertama dikendalikan oleh tiga kru termasuk tekong warga Myanmar, seorang kru warga Thailand dan seorang kru warga Kemboja berumur lingkungan 33 hingga 44 tahun telah menggunakan kru warga asing tanpa kebenaran Ketua Pengarah Perikanan.
Pemeriksaan lanjut mendapati, kesemua tekong dan kru warga asing itu tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah.
Hasil pemeriksaan bagi tangkapan kedua pula mendapati, bot tersebut dikendalikan oleh tiga kru termasuk tekong warga Myanmar berumur lingkungan 35 hingga 40 tahun juga melakukan kesalahan yang sama.
Tekong dan kru disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 8 (b) Akta Perikanan 1985 iaitu melanggar syarat sah lesen dan Akta Imigresen 1959/63.
Kesemua kru serta bot ditahan untuk siasatan lanjut.
Sebarang maklumat atau aduan jenayah maritim, orang ramai boleh menyalurkannya kepada Pusat Operasi Maritim Negeri Perak di talian 05-6838737 atau MERS 999.
LAKUKAN PELBAGAI KESALAHAN, SEBUAH BOT PUKAT JERUT BILIS DITAHAN
DUA BOT NELAYAN VIETNAM CEROBOH PERAIRAN NEGARA DITAHAN
MARITIM MALAYSIA AKTIFKAN SEMULA OP PAGAR LAUT SEMPENA RAMADAN DAN SYAWAL
BOT NELAYAN KELAS B DITAHAN LANGGAR SYARAT LESEN
LAGI 27 SET BUBU NAGA DIRAMPAS DI PERAIRAN PULAU TALANG .
34 SET BUBU NAGA DIRAMPAS DI PERAIRAN PULAU TALANG
DUA NELAYAN DISELAMATKAN DISERAH KEPADA INDONESIA
PENDATANG ASING TANPA IZIN GAGAL LOLOS DIRI PULANG KE NEGARA ASAL
KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH MARITIM NEGERI TERENGGANU KE ATAS EXCO TERENGGANU
KUALA TERENGGANU, 20 Mac – Pengarah Maritim Negeri Terengganu, Kepten Maritim Mohd Khairulanuar bin Abd Majid telah mengadakan kunjungan hormat ke atas EXCO Pertanian,Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa Negeri Terengganu, YB Dr. Azman Ibrahim di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu.
Kunjungan hormat ini bertujuan untuk membincangkan mengenai isu-isu semasa berkaitan pencerobohan bot nelayan asing di perairan negara, isu berkaitan bot-bot nelayan tempatan, pengoperasian dan penguatkuasaan serta hal-hal berkaitan.