MIRI, 3 Oktober - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Miri telah menahan dua bot tunda bersama dua tongkang pada jarak lebih kurang 2.3 batu nautika barat daya muara sungai Baram, Miri sekitar jam 1.25 petang semalam.
Pengarah Zon Maritim Miri, Kepten Maritim Mohd Shafie bin Haji Paing berkata, penahanan dibuat berikutan lesen tamat tempoh dan kegagalan operator mengemukakan sebarang dokumen berkaitan semasa diperiksa.
Bot tunda pertama berserta tongkang dikendalikan tiga kru termasuk nakhoda warga tempatan yang kesemuanya berumur dalam lingkungan 20 hingga 54 tahun. Manakala bot tunda kedua berserta tongkang pula dikendalikan enam kru termasuk nakhoda yang terdiri daripada dua warga tempatan, dua warga Indonesia dan dua lagi warga India, berumur dalam lingkungan 24 hingga 56 tahun.
Kes akan disiasat di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952/60 kerana gagal mengemukakan sebarang dokumen.
Bot dan tongkang yang sarat dengan muatan kayu tersebut dalam perjalanan memasuki sungai Baram ditahan oleh Maritim Malaysia. Kesemua bot tunda dan tongkang ditahan untuk siasatan lanjut.
Maritim Malaysia akan terus komited dalam melaksanakan rondaan dan pemantauan dari semasa ke semasa bagi mencegah pelanggaran undang-undang, penyeludupan, pencerabohan dan jenayah maritim yang berlaku diperairan Zon Maritim Malaysia.
Sebarang aduan serta maklumat berkenaan dengan sebarang salah laku dilaut, orang ramai boleh menghubungi Pusat Operasi Zon Maritim Miri di talian 085 418204 atau Pusat Operasi Maritim Negeri Sarawak di talian 082 432544 atau MERS 999 yang beroperasi 24 jam.
LAKUKAN PELBAGAI KESALAHAN, SEBUAH BOT PUKAT JERUT BILIS DITAHAN
DUA BOT NELAYAN VIETNAM CEROBOH PERAIRAN NEGARA DITAHAN
MARITIM MALAYSIA AKTIFKAN SEMULA OP PAGAR LAUT SEMPENA RAMADAN DAN SYAWAL
BOT NELAYAN KELAS B DITAHAN LANGGAR SYARAT LESEN
LAGI 27 SET BUBU NAGA DIRAMPAS DI PERAIRAN PULAU TALANG .
34 SET BUBU NAGA DIRAMPAS DI PERAIRAN PULAU TALANG
DUA NELAYAN DISELAMATKAN DISERAH KEPADA INDONESIA
PENDATANG ASING TANPA IZIN GAGAL LOLOS DIRI PULANG KE NEGARA ASAL
KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH MARITIM NEGERI TERENGGANU KE ATAS EXCO TERENGGANU
KUALA TERENGGANU, 20 Mac – Pengarah Maritim Negeri Terengganu, Kepten Maritim Mohd Khairulanuar bin Abd Majid telah mengadakan kunjungan hormat ke atas EXCO Pertanian,Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa Negeri Terengganu, YB Dr. Azman Ibrahim di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu.
Kunjungan hormat ini bertujuan untuk membincangkan mengenai isu-isu semasa berkaitan pencerobohan bot nelayan asing di perairan negara, isu berkaitan bot-bot nelayan tempatan, pengoperasian dan penguatkuasaan serta hal-hal berkaitan.