25
Kha, Apr

Grid List

35 SET BUBU NAGA TERUS DIRAMPAS DI PULAU TALANG

DUA WARGA TEMPATAN BERSAMA SEBUAH BOT PENUMPANG DITAHAN

ZON MARITIM BINTULU | BOT NELAYAN ASING CEROBOH PERAIRAN SARAWAK DITAHAN

OP KHAS PAGAR LAUT FASA 3 CATAT 55 KES TANGKAPAN

MARITIM NEGERI PERAK TERUS MERAMPAS BUBU NAGA DI PULAU TALANG

BOT NELAYAN ‘TARIK TEPI’ DITAHAN MARITIM MALAYSIA

MARITIM NEGERI PAHANG | DUA PEMILIK BOT NELAYAN DIJATUHKAN HUKUMAN DENDA

MARITIM NEGERI PERAK | DUA BOT NELAYAN DITAHAN, GAJIKAN PEKERJA ASING TANPA PERMIT

MARITIM NEGERI PAHANG TAHAN DUA BOT NELAYAN TEMPATAN, 15 KRU VIETNAM

KUANTAN, 22 September - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pahang telah menahan dua bot nelayan tempatan Kelas C disyaki melanggar syarat sah lesen pada jarak lebih kurang 30 batu nautika dari Kuala Kuantan, pagi semalam.

Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Kamal Ariffin bin Jusoh berkata, semasa rondaan Op Makmur yang dijalankan, aset Maritim Malaysia telah mengesan empat buah bot nelayan dalam keadaan mencurigakan.

Hasil pemeriksaan mendapati dua buah bot  tersebut disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1959/63 iaitu melanggar syarat sah lesen serta dokumen pengenalan diri yang meragukan, manakala dua buah  bot lagi telah dilepaskan kerana tiada kesalahan yang dikesan.

Bot-bot tersebut dikendalikan tekong bersama awak-awak warganegara Vietnam kesemuanya seramai 15 orang berumur antara 24 hingga 58 tahun.

Bot-bot dan kesemua kru termasuk tekong telah ditahan dan diiring masuk ke Jeti Pernepa, Kuantan bersama peralatan menangkap ikan dan hasil laut yang dianggarkan sebanyak 90 kilogram untuk diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia untuk tindakan selanjutnya.

Maritim Malaysia akan memperkasakan penguatkuasaan serta menggesa komuniti maritim terutamanya komuniti nelayan tempatan agar sentiasa mematuhi undang-undang dan mengutamakan keselamatan apabila berada di laut dengan sentiasa memakai jaket keselamatan.

Maritim Malaysia juga mengingatkan komuniti maritim di Perairan Pahang khasnya supaya menjauhi sebarang aktiviti penyalahgunaan dadah dan sebarang aktiviti yang menyalahi undang-undang bagi memastikan Perairan Negeri Pahang aman dan sejahtera.

Sebarang maklumat berkaitan kegiatan jenayah atau kejadian kecemasan di laut boleh terus menghubungi Pusat Operasi Maritim Negeri Pahang di talian 09-5717345 atau melalui talian bantuan kecemasan MERS 999.

a    c 
AA    

 

Grid List

KUNJUNGAN HORMAT COUNSELLOR OF THE AUSTRALIA BORDER FORCE KE IBU PEJABAT MARITIM MALAYSIA

PUTRAJAYA, 24 APRIL – Counsellor of Australia Border Force (ABF) Australia High Commission, Superintendent Brooke Leung telah membuat kunjungan hormat ke Ibu Pejabat Maritim Malaysia Putrajaya pada jam 2.30 petang tadi.

Delegasi ABF telah disambut oleh Timbalan Ketua Pengarah (Logistik) Menanggung Tugas Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan bin Ibrahim di pejabatnya sambil diiringi Pengarah Bahagian Perancangan Strategik dan Antarabangsa (BPSA), Kepten Maritim Mohd Shah Rulashari bin Ahmad Omar.

Kunjungan ini adalah bertujuan bagi memelihara hubungan baik dan menjalinkan kerjasama berterusan bagi kedua-dua pihak dalam membanteras jenayah rentas sempadan maritim selain menjadi platform untuk bertukar-tukar pandangan terutamanya dalam aspek penguatkuasaan undang-undang di laut.

 

WhatsApp Image 2024 04 24 at 4.09.11 PM 2   WhatsApp Image 2024 04 24 at 4.09.11 PM 3   WhatsApp Image 2024 04 24 at 4.09.12 PM 7
hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC