GEORGETOWN, 22 September– Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pulau Pinang menahan sebuah bot nelayan tempatan kelas B1 pada kedudukan 2.5 batu nautika barat Gertak Sanggul, pada jam 12.20 tengah malam tadi.
Pengarah Maritim Negeri Pulau Pinang, Kepten Maritim Abd Razak bin Mohamed berkata, tangkapan berkenaan dilakukan oleh bot ronda Maritim Malaysia dalam rondaan rutin di sekitar Perairan Pulau Pinang.
Hasil pemeriksaan awal mendapati, bot berpangkalan di Batu Maung dikendalikan oleh tiga kru termasuk tekong warga tempatan dan dua kru warga Indonesia yang memiliki kad permaustatin tetap (MYPR) berumur lingkungan 49 hingga 56 tahun sedang menangkap ikan kurang daripada 8 batu nautika.
Tekong dan kru disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 8 (b) Akta Perikanan 1985 iaitu melanggar syarat sah lesen dengan melakukan aktiviti menangkap ikan kurang daripada jarak yang dibenarkan
Kesemua kru, bot serta 150 kilogram ikan pelbagai jenis dibawa ke Jeti Pasukan Polis Marin (PPM) Batu Uban untuk proses penahanan, siasatan dan tindakan lanjut.
Maritim Malaysia akan terus memantau aktiviti pelanggaran syarat sah lesen ini oleh nelayan tempatan dari semasa ke semasa termasuk lain-lain aktiviti haram dan meminta kerjasama dari orang ramai supaya segera melaporkan bagi pihak Maritim Malaysia mengambil tindakan.
Sebarang laporan, aduan dan kecemasan di laut boleh terus menghubungi Maritim Malaysia di talian 24 jam iaitu MERS 999 dan Pusat Operasi Maritim Zon Maritim Pulau Pinang di talian 04-2626146.
LAKUKAN PELBAGAI KESALAHAN, SEBUAH BOT PUKAT JERUT BILIS DITAHAN
DUA BOT NELAYAN VIETNAM CEROBOH PERAIRAN NEGARA DITAHAN
MARITIM MALAYSIA AKTIFKAN SEMULA OP PAGAR LAUT SEMPENA RAMADAN DAN SYAWAL
BOT NELAYAN KELAS B DITAHAN LANGGAR SYARAT LESEN
LAGI 27 SET BUBU NAGA DIRAMPAS DI PERAIRAN PULAU TALANG .
34 SET BUBU NAGA DIRAMPAS DI PERAIRAN PULAU TALANG
DUA NELAYAN DISELAMATKAN DISERAH KEPADA INDONESIA
PENDATANG ASING TANPA IZIN GAGAL LOLOS DIRI PULANG KE NEGARA ASAL
KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH MARITIM NEGERI TERENGGANU KE ATAS EXCO TERENGGANU
KUALA TERENGGANU, 20 Mac – Pengarah Maritim Negeri Terengganu, Kepten Maritim Mohd Khairulanuar bin Abd Majid telah mengadakan kunjungan hormat ke atas EXCO Pertanian,Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa Negeri Terengganu, YB Dr. Azman Ibrahim di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu.
Kunjungan hormat ini bertujuan untuk membincangkan mengenai isu-isu semasa berkaitan pencerobohan bot nelayan asing di perairan negara, isu berkaitan bot-bot nelayan tempatan, pengoperasian dan penguatkuasaan serta hal-hal berkaitan.