23
Sel, Apr

Grid List

MARITIM NEGERI PERAK TERUS MERAMPAS BUBU NAGA DI PULAU TALANG

BOT NELAYAN ‘TARIK TEPI’ DITAHAN MARITIM MALAYSIA

MARITIM NEGERI PAHANG | DUA PEMILIK BOT NELAYAN DIJATUHKAN HUKUMAN DENDA

MARITIM NEGERI PERAK | DUA BOT NELAYAN DITAHAN, GAJIKAN PEKERJA ASING TANPA PERMIT

WARGA ASING BEKERJA DI ATAS BOT NELAYAN SECARA HARAM DITAHAN

DUA BOT NELAYAN TEMPATAN DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN DITAHAN

RAMPASAN BUBU NAGA DI PULAU TALANG, BUKTI NELAYAN MASIH BERDEGIL

TIGA BOT NELAYAN ASING DITAHAN DISYAKI CEROBOH PERAIRAN NEGARA

MELANGGAR SYARAT LESEN, DUA BOT KENKA DITAHAN

KUALA KURAU, 29 Ogos - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Kuala Kurau telah menahan dua buah bot kenka di kedudukan 7.8 batu nautika barat daya muara Kuala Gula, Perak pada jam 8.50 pagi, isnin.

Pengarah Zon Maritim Kuala Kurau, Komander Maritim Mohd Najhan bin Azman Hamid berkata, semasa rondaan rutin, pasukan bot ronda Maritim Malaysia telah mengesan dua buah bot terbabit dalam keadaan mencurigakan dan disyaki sedang menunda pukat kenka secara berpasangan lantas dirapati untuk pemeriksaan.

Hasil pemeriksaan kedua-dua buah bot menemukan, tiga kru warga tempatan termasuk tekong berumur 54 hingga 67 tahun.

Pemeriksaan lanjut ke atas dokumen mendapati, bot yang diusahakan memiliki lesen yang sah namun tidak diusahakan sendiri oleh pemiliknya.

Bot terbabit disiasat di bawah Seksyen 8 (b) Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat sah lesen iaitu melakukan aktiviti penundaan pukat kenka di kawasan yang tidak dibenarkan.

Kesemua nelayan, bot dan peralatan menangkap ikan dibawa ke Jeti Zon Maritim Kuala Kurau untuk tindakan lanjut.

Maritim Malaysia akan terus komited dalam usaha membanteras kegiatan jenayah di laut. Sebarang salah laku jenayah dan kecemasan yang berlaku di laut boleh dilaporkan kepada Maritim Malaysia di talian MERS 999 yang beroperasi 24 jam atau Pusat Operasi Zon Maritim Kuala Kurau di talian 05-7279919.

 

WhatsApp Image 2022 08 29 at 5.54.23 PM   WhatsApp Image 2022 08 29 at 5.54.23 PM 1

 

 

Grid List

KUNJUNGAN HORMAT MARITIM NEGERI PAHANG KE JABATAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN KOS SARA HIDUP

KUANTAN, 19 APRIL – Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Mazlan bin Mat Rejab telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Pengarah Jabatan Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Negeri Pahang, Puan Jezlily binti Jamaluddin di Pejabat Pengarah KPDN Negeri Pahang, semalam.

Turut mengiringi pengarah dalam kunjungan tersebut Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasaan dan Eksesais, Komander Maritim Abdul Halim bin Hamzah serta Timbalan Pengarah Pengurusan Maritim Negeri Pahang, Puan Juzilawati binti Kamarudin.

Kunjungan hormat tersebut merupakan platform membincang dan mengeratkan hubungan yang telah terjalin disamping berkongsi ideologi dan strategi antara jabatan ke arah kecemerlangan bersama pada masa akan datang.

 

WhatsApp Image 2024 04 19 at 2.36.23 PM 1
 
WhatsApp Image 2024 04 19 at 2.36.23 PM

 

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC