07
Kha, Jul

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI MARITIM NEGERI PAHANG

KUANTAN, 18 Mei - Walaupun syawal sudah berakhir dua minggu lepas, namun suasana sambutan Hari Raya Aidilfitri dalam kalangan warga Maritim Negeri Pahang tetap berlangsung meriah dengan kadar sederhana pada pagi semalam.

Majlis diserikan dengan kehadiran tetamu istimewa iaitu Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Dato' Mohd Zubil bin Mat Som yang disambut oleh Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Kamal Ariffin bin Jusoh.

Turut dijemput hadir adalah Timbalan Ketua Pengarah (Logistik), Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan bin Ibrahim, Pengarah AMSAS, Laksamana Pertama Maritim Haji Rozali bin Mohd Said dan Ketua-Ketua Jabatan Sahabat Maritim yang berhampiran.

Antara aktiviti yang dilaksanakan sepanjang majlis adalah pertandingan gerai terbaik dan pertandingan karaoke yang disertai oleh pegawai dan anggota secara tidak langsung menjadi medan mengeratkan hubungan silaturrahim dalam kalangan anggota.

2   3 
4   5 
hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC