KUANTAN, 21 April - Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Dato’ Mohd Zubil Bin Mat Som, buat julung kalinya telah mengadakan lawatan kerja rasmi ke Ibu Pejabat Maritim Negeri Pahang seterusnya menyempurnakan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) bagi tahun 2021.
Ketibaan Yang Berbahagia Dato’Ketua Pengarah Maritim Malaysia disambut dengan Kawalan Kehormatan Setempat Alpha (KKS (A)) dan diiringi oleh Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Kamal Ariffin Bin Jusoh.
Sepanjang lawatan, beliau turut menyampaikan nasihat dan amanat agar warga Maritim Negeri Pahang sentiasa mengekalkan tahap disiplin yang tinggi dari semua aspek dan berintegriti serta bertanggungjawab sepanjang menjalankan tugas yang diamanahkan.
Turut hadir bersama ialah Yang Berbahagia Laksamana Madya Maritim Dato’ Kamaruszaman Bin Haji Abu Hassan, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) dan Yang Berbahagia Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan Bin Ibrahim, Timbalan Ketua Pengarah (Logistik).
Seramai 19 pegawai serta anggota telah disenarai sebagai penerima APC tahun 2021 dan majlis penyampaian anugerah telah disampaikan oleh Yang Berbahagia Dato’ Ketua Pengarah Maritim Malaysia.
20 NELAYAN WARGA ASING DITAHAN MARITIM MALAYSIA .
KAPAL MT LAYAR ANGGUN 8 TERBAKAR DALAM PERAIRAN MALAYSIA
KETUA PENGARAH KEENAM MARITIM MALAYSIA BERSARA WAJIB
KOTAK HITAM HELIKOPTER AW 139 MARITIM MALAYSIA DITEMUKAN
30 SET BUBU NAGA DIRAMPAS DI PERAIRAN TALANG
GAGAL ISYTIHAR MUATAN, BOT KARGO DITAHAN MARITIM MALAYSIA
27 SET BUBU NAGA DIRAMPAS DAN BOT NELAYAN KELAS C DITAHAN LANGGAR SYARAT LESEN
DUA BOT NELAYAN TEMPATAN DITAHAN DAN 25 SET BUBU NAGA DIRAMPAS MARITIM NEGERI PERAK
KUNJUNGAN HORMAT MARITIM NEGERI PAHANG KE JABATAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN KOS SARA HIDUP
KUANTAN, 19 APRIL – Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Mazlan bin Mat Rejab telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Pengarah Jabatan Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Negeri Pahang, Puan Jezlily binti Jamaluddin di Pejabat Pengarah KPDN Negeri Pahang, semalam.
Turut mengiringi pengarah dalam kunjungan tersebut Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasaan dan Eksesais, Komander Maritim Abdul Halim bin Hamzah serta Timbalan Pengarah Pengurusan Maritim Negeri Pahang, Puan Juzilawati binti Kamarudin.
Kunjungan hormat tersebut merupakan platform membincang dan mengeratkan hubungan yang telah terjalin disamping berkongsi ideologi dan strategi antara jabatan ke arah kecemerlangan bersama pada masa akan datang.