KLANG, 12 Januari - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Negeri Selangor telah mengadakan perbarisan pembukaan tahun 2022 di perkarangan pejabat Maritim Negeri Selngor mengikut Prosedur Operasi Standard yang telah ditetapkan,Pengarah Maritim Negeri , Kepten Maritim Mohammad Rosli bin Kassim turut menyampaikan amanat agar setiap anggota sentiasa mengamalkan tahap disiplin diri yang tinggi dan mampu menjaga nama baik agensi.Pada majlis ini juga, Pengarah Maritim Negeri turut melakukan pemakaian pangkat bagi enam anggota lain-lain pangkat dari Laskar kelas 1 ke Laskar Kanan Maritim dan beliau turut menyampaikan hadiah bagi pemenang menembak yang diadakan pada 15 dan 16 Disember tahun lalu. Beliau turut mengucapkan tahniah dan syabas kepada anggota yang menerima pangkat dan hadiah agar terus memberi komitmen yang tinggi demi mengalas segala tugas dan tanggungjawab yang telah diamanahkan pada setiap masa.
20 NELAYAN WARGA ASING DITAHAN MARITIM MALAYSIA .
KAPAL MT LAYAR ANGGUN 8 TERBAKAR DALAM PERAIRAN MALAYSIA
KETUA PENGARAH KEENAM MARITIM MALAYSIA BERSARA WAJIB
KOTAK HITAM HELIKOPTER AW 139 MARITIM MALAYSIA DITEMUKAN
30 SET BUBU NAGA DIRAMPAS DI PERAIRAN TALANG
GAGAL ISYTIHAR MUATAN, BOT KARGO DITAHAN MARITIM MALAYSIA
27 SET BUBU NAGA DIRAMPAS DAN BOT NELAYAN KELAS C DITAHAN LANGGAR SYARAT LESEN
DUA BOT NELAYAN TEMPATAN DITAHAN DAN 25 SET BUBU NAGA DIRAMPAS MARITIM NEGERI PERAK
KUNJUNGAN HORMAT MARITIM NEGERI PAHANG KE JABATAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN KOS SARA HIDUP
KUANTAN, 19 APRIL – Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Mazlan bin Mat Rejab telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Pengarah Jabatan Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Negeri Pahang, Puan Jezlily binti Jamaluddin di Pejabat Pengarah KPDN Negeri Pahang, semalam.
Turut mengiringi pengarah dalam kunjungan tersebut Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasaan dan Eksesais, Komander Maritim Abdul Halim bin Hamzah serta Timbalan Pengarah Pengurusan Maritim Negeri Pahang, Puan Juzilawati binti Kamarudin.
Kunjungan hormat tersebut merupakan platform membincang dan mengeratkan hubungan yang telah terjalin disamping berkongsi ideologi dan strategi antara jabatan ke arah kecemerlangan bersama pada masa akan datang.