KUALA PERLIS, 28 Oktober – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Kuala Perlis telah menganjurkan Latihan Kemahiran Menembak senjata kecil jenis Glock 19, HK UMP dan MP5 yang diadakan di Lapang Sasar Polis DiRaja Malaysia (PDRM) Kontinjen Perlis Mata Ayer, Arau, Perlis pada jam lebih kurang 8.00 pagi, 27 Oktober lalu.
Latihan menembak ini melibatkan seramai enam pegawai, dua pegawai gunasama, pelajar pelatih latihan industri dan 31 pegawai lain-lain pangkat (LLP) menyertai program ini.
Latihan ini diadakan bertujuan bagi memahirkan anggota dalam mengendalikan senjata api kecil, memberi pendedahan berkenaan tatacara pengendalian senjata dalam situasi sebenar dan meningkatkan tahap kemahiran anggota dalam teknik penembakan dalam acara Precision dan Falling Plate.
Di samping itu, program ini turut memainkan peranan memupuk semangat berpasukan serta mengukuhkan ikatan silaturahim antara satu sama lain.
Latihan menembak dimulakan dengan sesi latihan tembakan Precision dan Falling Plate pada jarak 15 meter bagi senjata jenis Glock 19. Selepas itu, sesi latihan tembakan bagi senjata HK UMP dan MP5 turut diadakan pada jarak 30 meter.
BOT KARAM, LIMA NELAYAN SELAMAT
LAKUKAN PELBAGAI KESALAHAN, SEBUAH BOT PUKAT JERUT BILIS DITAHAN
DUA BOT NELAYAN VIETNAM CEROBOH PERAIRAN NEGARA DITAHAN
MARITIM MALAYSIA AKTIFKAN SEMULA OP PAGAR LAUT SEMPENA RAMADAN DAN SYAWAL
BOT NELAYAN KELAS B DITAHAN LANGGAR SYARAT LESEN
LAGI 27 SET BUBU NAGA DIRAMPAS DI PERAIRAN PULAU TALANG .
34 SET BUBU NAGA DIRAMPAS DI PERAIRAN PULAU TALANG
DUA NELAYAN DISELAMATKAN DISERAH KEPADA INDONESIA
MAJLIS PEMAKAIAN PANGKAT PEGAWAI PENGUAT KUASA LAIN-LAIN PANGKAT MARITIM MALAYSIA .
PUTRAJAYA, 22 Mac – Seramai sembilan anggota penguat kuasa Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menerima pemangkuan pangkat pada satu Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Penguat Kuasa Lain - Lain Pangkat (LLP) Maritim Malaysia yang diadakan di Ibu Pejabat Maritim Malaysia, hari ini.
Majlis itu disempurnakan oleh Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Hamid Hj Mohd Amin dengan iringan Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Maritim Malaysia, Mohd Norzam Mustapa.
Mendahului senarai penerima pangkat bagi Pegawai Waran II Maritim Gred T10 ialah Bintara Kanan Maritim Noorhisham Tumiran dan Bintara Kanan Maritim Rahim Basiron.
Seterusnya, penerima bagi pemakaian pangkat Bintara Kanan Maritim Gred T8 didahului oleh Bintara Muda Maritim Khairul Anuar Md Diah diikuti dengan Bintara Muda Maritim Amran Samsudin dan Bintara Muda Maritim Kamarul Zaman Bin Mat Arifin.
Akhir sekali, pemakaian pangkat Bintara Muda Maritim Gred T6 diterima oleh Laskar Kanan Maritim Azman Omar, Laskar Kanan Maritim Norsahlizan Dahlan, Laskar Kanan Maritim Mohamad Fuad Ahmad dan Laskar Kanan Maritim Fred Justine.
Tahniah diucapkan kepada semua penerima kenaikan pangkat. Selamat maju jaya.