20
Sab, Apr

Grid List

20 NELAYAN WARGA ASING DITAHAN MARITIM MALAYSIA .

KAPAL MT LAYAR ANGGUN 8 TERBAKAR DALAM PERAIRAN MALAYSIA

KETUA PENGARAH KEENAM MARITIM MALAYSIA BERSARA WAJIB

KOTAK HITAM HELIKOPTER AW 139 MARITIM MALAYSIA DITEMUKAN

30 SET BUBU NAGA DIRAMPAS DI PERAIRAN TALANG

GAGAL ISYTIHAR MUATAN, BOT KARGO DITAHAN MARITIM MALAYSIA

27 SET BUBU NAGA DIRAMPAS DAN BOT NELAYAN KELAS C DITAHAN LANGGAR SYARAT LESEN

DUA BOT NELAYAN TEMPATAN DITAHAN DAN 25 SET BUBU NAGA DIRAMPAS MARITIM NEGERI PERAK

MARITIM MALAYSIA RAIKAN PESARA DALAM MAJLIS JASAMU DIKENANG

PUTRAJAYA, 21 Oktober - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) mengadakan Majlis JasaMu Dikenang hari ini, secara hybrid bagi meraikan 45 pesara warga Maritim Malaysia.
 
Majlis tersebut dilaksanakan secara hybrid (fizikal dan maya) dengan mematuhi Prosedur Operasi Standard bagi mengurangkan risiko jangkitan COVID-19 di Auditorium di ibu pejabat Maritim Malaysia.
 
Ketua Pengarah Maritim Malaysia Laksamana Maritim Dato’ Mohd Zubil bin Mat Som dalam ucapannya menzahirkan ucapan jutaan terima kasih atas segala jasa, pengorbanan dan khidmat bakti yang telah diberikan para pesara sepanjang perkhidmatan.
 
Segala budi yang dicurahkan selama ini akan kekal terpahat dalam lipatan sejarah dan akan menjadi kenang-kenangan sampai bila-bila, katanya lagi.
 
Beliau juga turut mengingatkan Agensi ini dapat berdiri seperti sekarang adalah hasil usaha dan perit jerih mereka yang terlibat sejak awal penubuhan agensi ini dan telah bersara, serta mengingatkan semua warga untuk sentiasa berusaha memajukan agensi ke arah yang lebih baik.
 
Dalam pada itu, wakil pesara, Laksamana Muda Maritim (Bersara) Dato’ Zulkarnain bin Mohd Omar memaklumkan, mereka amat berterima kasih kepada Agensi atas majlis bagi meraikan pesaraan mereka meskipun dalam norma baharu.
 
Beliau juga turut mengingatkan kepada pelapis baharu yang masih berkhidmat di dalam agensi untuk terus mempertingkatkan ilmu dalam bidang undang-undang dengan lebih mendalam kerana mereka adalah bakal penerus bagi menerajui Agensi ini di masa hadapan.
 
Beliau beserta pesara lain mendoakan Agensi ini agar terus unggul dan mencapai visi agensi untuk menjadi salah satu agensi penguatkuasaan maritim terbaik di dunia.
 
WhatsApp Image 2021 10 21 at 1.08.28 PM   WhatsApp Image 2021 10 21 at 1.08.28 PM 1   WhatsApp Image 2021 10 21 at 1.08.31 PM   
 WhatsApp Image 2021 10 21 at 1.08.32 PM   WhatsApp Image 2021 10 21 at 1.08.30 PM   WhatsApp Image 2021 10 21 at 1.08.35 PM 1  
           
           
           
Grid List

KUNJUNGAN HORMAT MARITIM NEGERI PAHANG KE JABATAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN KOS SARA HIDUP

KUANTAN, 19 APRIL – Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Mazlan bin Mat Rejab telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Pengarah Jabatan Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Negeri Pahang, Puan Jezlily binti Jamaluddin di Pejabat Pengarah KPDN Negeri Pahang, semalam.

Turut mengiringi pengarah dalam kunjungan tersebut Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasaan dan Eksesais, Komander Maritim Abdul Halim bin Hamzah serta Timbalan Pengarah Pengurusan Maritim Negeri Pahang, Puan Juzilawati binti Kamarudin.

Kunjungan hormat tersebut merupakan platform membincang dan mengeratkan hubungan yang telah terjalin disamping berkongsi ideologi dan strategi antara jabatan ke arah kecemerlangan bersama pada masa akan datang.

 

WhatsApp Image 2024 04 19 at 2.36.23 PM 1
 
WhatsApp Image 2024 04 19 at 2.36.23 PM

 

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC