KUANTAN, 21 Oktober - Program Suntikan Vaksin Typhoid dan Influenza ini merupakan inisiatif Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) demi menjaga kebajikan pegawai dan anggota yang sentiasa berhadapan dengan risiko penyakit berjangkit dalam melaksanakan tugas seharian mereka menguatkuasakan undang-undang di perairan negara.
Program tersebut telah dilaksanakan di pejabat Maritim Negeri Pahang yang dikendalikan oleh Klinik Ar Razi Kuantan Pahang pada 14 dan 15 Oktober lalu. Suntikan vaksin itu terdiri daripada anggota unit operasi melibatkan anggota kapal, keselamatan dan siasatan. Langkah itu diambil susulan risiko jangkitan penyakit yang dibawa nelayan asing ketika melaksanakan pemeriksaan rutin di lautan.
Secara keseluruhannya, seramai 104 orang pegawai dan anggota daripada pegawai di pelbagai peringkat terlibat dalam program suntikan Typhoid dan Influenza ini bagi meningkatkan fungsi imun dalam badan serta mengelak daripada berlakunya penyakit radang hati.
LAKUKAN PELBAGAI KESALAHAN, SEBUAH BOT PUKAT JERUT BILIS DITAHAN
DUA BOT NELAYAN VIETNAM CEROBOH PERAIRAN NEGARA DITAHAN
MARITIM MALAYSIA AKTIFKAN SEMULA OP PAGAR LAUT SEMPENA RAMADAN DAN SYAWAL
BOT NELAYAN KELAS B DITAHAN LANGGAR SYARAT LESEN
LAGI 27 SET BUBU NAGA DIRAMPAS DI PERAIRAN PULAU TALANG .
34 SET BUBU NAGA DIRAMPAS DI PERAIRAN PULAU TALANG
DUA NELAYAN DISELAMATKAN DISERAH KEPADA INDONESIA
PENDATANG ASING TANPA IZIN GAGAL LOLOS DIRI PULANG KE NEGARA ASAL
KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH MARITIM NEGERI TERENGGANU KE ATAS EXCO TERENGGANU
KUALA TERENGGANU, 20 Mac – Pengarah Maritim Negeri Terengganu, Kepten Maritim Mohd Khairulanuar bin Abd Majid telah mengadakan kunjungan hormat ke atas EXCO Pertanian,Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa Negeri Terengganu, YB Dr. Azman Ibrahim di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu.
Kunjungan hormat ini bertujuan untuk membincangkan mengenai isu-isu semasa berkaitan pencerobohan bot nelayan asing di perairan negara, isu berkaitan bot-bot nelayan tempatan, pengoperasian dan penguatkuasaan serta hal-hal berkaitan.