KUDAT, 16 September - Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) Daerah Kudat dengan motto “Mega Vaksinasi Daerah Kecil Banggi” telah berjaya dilaksanakan sepenuhnya hari ini.

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) telah menyediakan bantuan aset  dua bot Maritim daripada Zon Maritim Kudat bagi membawa tim vaksinasi Kementerian Kesihatan Malaysia serta Angkatan Pertahanan Awam ke pusat vaksinasi sementara di Kampung Selamat, Pulau Balambangan Kudat.

Maritim Malaysia terus komited dalam menggalas tanggungjawab sebagai pasukan barisan hadapan dalam memerangi wabak COVID-19 di negara ini.

Kerjasama ini dilihat berupaya meningkatkan peratusan pemberian vaksin kepada penduduk negeri Sabah yang masih belum menerima vaksin pulau-pulau adalah salah satu kekangan kepada penduduk pulau daripada menerima vaksin berikutan faktor jarak dan memerlukan pengangkutan laut.

Seramai 120 orang penduduk menerima suntikan vaksin COVID-19 yang bermula dari jam 8.00 pagi hingga jam 3.00 petang.

Sempena sambutan Hari Malaysia ke-58, penglibatan Maritim Malaysia di dalam program-program seumpama ini juga adalah manifestasi  semangat inter-agensi dalam usaha membendung penularan pandemik COVID-19 ini.

Sebarang salah laku jenayah dan kecemasan yang berlaku di laut boleh dilaporkan kepada Maritim Malaysia di talian 088-611858 (Pusat Operasi Kudat) dan talian MERS 999 yang beroperasi 24jam. am ke pusat vaksinasi sementara di Kampung Selamat, Pulau Balambangan Kudat awal pagi tadi.

WhatsApp Image 2021 09 17 at 08.01.57    WhatsApp Image 2021 09 17 at 08.01.57 1 
     
 WhatsApp Image 2021 09 17 at 08.01.57 2    WhatsApp Image 2021 09 17 at 08.01.58