KUDAT, 16 September - Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) Daerah Kudat dengan motto “Mega Vaksinasi Daerah Kecil Banggi” telah berjaya dilaksanakan sepenuhnya hari ini.
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) telah menyediakan bantuan aset dua bot Maritim daripada Zon Maritim Kudat bagi membawa tim vaksinasi Kementerian Kesihatan Malaysia serta Angkatan Pertahanan Awam ke pusat vaksinasi sementara di Kampung Selamat, Pulau Balambangan Kudat.
Maritim Malaysia terus komited dalam menggalas tanggungjawab sebagai pasukan barisan hadapan dalam memerangi wabak COVID-19 di negara ini.
Kerjasama ini dilihat berupaya meningkatkan peratusan pemberian vaksin kepada penduduk negeri Sabah yang masih belum menerima vaksin pulau-pulau adalah salah satu kekangan kepada penduduk pulau daripada menerima vaksin berikutan faktor jarak dan memerlukan pengangkutan laut.
Seramai 120 orang penduduk menerima suntikan vaksin COVID-19 yang bermula dari jam 8.00 pagi hingga jam 3.00 petang.
Sempena sambutan Hari Malaysia ke-58, penglibatan Maritim Malaysia di dalam program-program seumpama ini juga adalah manifestasi semangat inter-agensi dalam usaha membendung penularan pandemik COVID-19 ini.
Sebarang salah laku jenayah dan kecemasan yang berlaku di laut boleh dilaporkan kepada Maritim Malaysia di talian 088-611858 (Pusat Operasi Kudat) dan talian MERS 999 yang beroperasi 24jam. am ke pusat vaksinasi sementara di Kampung Selamat, Pulau Balambangan Kudat awal pagi tadi.
BOT KARAM, LIMA NELAYAN SELAMAT
LAKUKAN PELBAGAI KESALAHAN, SEBUAH BOT PUKAT JERUT BILIS DITAHAN
DUA BOT NELAYAN VIETNAM CEROBOH PERAIRAN NEGARA DITAHAN
MARITIM MALAYSIA AKTIFKAN SEMULA OP PAGAR LAUT SEMPENA RAMADAN DAN SYAWAL
BOT NELAYAN KELAS B DITAHAN LANGGAR SYARAT LESEN
LAGI 27 SET BUBU NAGA DIRAMPAS DI PERAIRAN PULAU TALANG .
34 SET BUBU NAGA DIRAMPAS DI PERAIRAN PULAU TALANG
DUA NELAYAN DISELAMATKAN DISERAH KEPADA INDONESIA
MAJLIS PEMAKAIAN PANGKAT PEGAWAI PENGUAT KUASA LAIN-LAIN PANGKAT MARITIM MALAYSIA .
PUTRAJAYA, 22 Mac – Seramai sembilan anggota penguat kuasa Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menerima pemangkuan pangkat pada satu Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Penguat Kuasa Lain - Lain Pangkat (LLP) Maritim Malaysia yang diadakan di Ibu Pejabat Maritim Malaysia, hari ini.
Majlis itu disempurnakan oleh Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Hamid Hj Mohd Amin dengan iringan Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Maritim Malaysia, Mohd Norzam Mustapa.
Mendahului senarai penerima pangkat bagi Pegawai Waran II Maritim Gred T10 ialah Bintara Kanan Maritim Noorhisham Tumiran dan Bintara Kanan Maritim Rahim Basiron.
Seterusnya, penerima bagi pemakaian pangkat Bintara Kanan Maritim Gred T8 didahului oleh Bintara Muda Maritim Khairul Anuar Md Diah diikuti dengan Bintara Muda Maritim Amran Samsudin dan Bintara Muda Maritim Kamarul Zaman Bin Mat Arifin.
Akhir sekali, pemakaian pangkat Bintara Muda Maritim Gred T6 diterima oleh Laskar Kanan Maritim Azman Omar, Laskar Kanan Maritim Norsahlizan Dahlan, Laskar Kanan Maritim Mohamad Fuad Ahmad dan Laskar Kanan Maritim Fred Justine.
Tahniah diucapkan kepada semua penerima kenaikan pangkat. Selamat maju jaya.