25
Kha, Apr

Grid List

LAGI 50 UNIT BUBU NAGA DIRAMPAS DI PERAIRAN KERIAN

35 SET BUBU NAGA TERUS DIRAMPAS DI PULAU TALANG

DUA WARGA TEMPATAN BERSAMA SEBUAH BOT PENUMPANG DITAHAN

ZON MARITIM BINTULU | BOT NELAYAN ASING CEROBOH PERAIRAN SARAWAK DITAHAN

OP KHAS PAGAR LAUT FASA 3 CATAT 55 KES TANGKAPAN

MARITIM NEGERI PERAK TERUS MERAMPAS BUBU NAGA DI PULAU TALANG

BOT NELAYAN ‘TARIK TEPI’ DITAHAN MARITIM MALAYSIA

MARITIM NEGERI PAHANG | DUA PEMILIK BOT NELAYAN DIJATUHKAN HUKUMAN DENDA

MAJLIS SERAH TERIMA TUGAS PENGARAH ZON MARITIM TANJUNG MANIS

Kuching, 23 Ogos- Penyempurnaan Majlis Penyerahan dan Akuan Terima Nota Serah Tugas Pengarah Zon Maritim Tanjung Manis daripada Komander (M) Mohd Ariz bin Md Kassim kepada Komander (M) Gilbert Tinggak anak Numpang, telah disaksikan oleh Timbalan Pengarah Operasi Maritim Negeri Sarawak, Kepten Maritim Yousry bin Yaali di sini, hari ini.

2

Majlis ringkas ini telah diadakan di Pejabat Operasi Ibu Pejabat Maritim Negeri Sarawak dengan pematuhan SOP bagi membendung penularan wabak COVID-19 yang melanda negara ketika ini.

Komander (M) Mohd Ariz bin Md Kassim telah memegang amanah sebagai Pengarah Zon Maritim Tanjung Manis selama lebih tiga tahun, bermula dari 14 Mei 2018. Komitmen dan kesungguhan beliau dalam mengetuai Zon Maritim Tanjung Manis sepanjang menjalankan tugas sebagai Pengarah Zon telah meletakkan pencapaian Zon Maritim Tanjung Manis pada tahap yang membanggakan.

1

Manakala Komander (M) Gilbert Tinggak anak Numpang, Pengarah Zon Maritim Tanjung Manis yang baharu, sebelum ini bertugas sebagai Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasaan dan Eksesais Maritim Negeri Sarawak selama 11 bulan dari 1 September tahun lepas.  Semoga pengalaman beliau semasa berkhidmat di Ibu Pejabat Maritim Negeri Sarawak dapat memacu Zon Maritim Tanjung Manis dengan lebih cemerlang.

Grid List

KUNJUNGAN HORMAT SUHAKAM KE IBU PEJABAT MARITIM NEGERI KEDAH DAN PERLIS

LANGKAWI, 24 APRIL – Maritim Negeri Kedah dan Perlis menerima kunjungan hormat dari delegasi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) yang diketuai oleh Datuk Mariati Robert, Professor Dato’ Noor Aziah binti Mohd Awai, pegawai SUHAKAM serta wakil daripada Agensi Pelarian Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNHCR).

Delegasi telah disambut Pengarah Maritin Negeri Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Romli Mustafa bersama Timbalan Pengarah (Operasi) Maritim Negeri Kedah dan Perlis, Kapten Maritim Mohammad Nasir Man serta Pengarah Zon Maritim Kuala Kedah, Komander Maritim Noor Azreyanti Ishak dan Timbalan Pengarah (Operasi) Zon Maritim Kuala Perlis, Leftenan Maritim Fazmin Shah Md Rafee Shah.

Lawatan kerja ini adalah bertujuan bagi membincangkan isu kemasukan pelarian dan migran tanpa dokumen yang masuk ke negara ini menerusi perairan Langkawi.

Selain itu, sesi pemantauan SUHAKAM terutamanya di Langkawi turut dilakukan untuk melihat penguatkuasaan Agensi terhadap aktiviti pemerdagangan dan penyeludupan pelarian serta migran tanpa dokumen yang berlaku di perairan Langkawi.

 

SUHAKAM KEDAH 3
 
SUHAKAM KEDAH
 
SUHAKAM KEDAH 4
hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC