18
Kha, Apr

Grid List

KOTAK HITAM HELIKOPTER AW 139 MARITIM MALAYSIA DITEMUKAN

30 SET BUBU NAGA DIRAMPAS DI PERAIRAN TALANG

GAGAL ISYTIHAR MUATAN, BOT KARGO DITAHAN MARITIM MALAYSIA

27 SET BUBU NAGA DIRAMPAS DAN BOT NELAYAN KELAS C DITAHAN LANGGAR SYARAT LESEN

DUA BOT NELAYAN TEMPATAN DITAHAN DAN 25 SET BUBU NAGA DIRAMPAS MARITIM NEGERI PERAK

MARITIM MALAYSIA TAHAN BOT BERSAMA MUATAN 500 LITER PETROL TANPA PERMIT

TAHAN BOT TUNDA, TIADA LESEN PERKAPALAN DALAM NEGERI (DSL)

PINDAH 10,000 LITER DIESEL SECARA ‘HARAM’, SEBUAH BOT TUNDA DAN LORI TANGKI DISITA

HARI KESEDARAN KESELAMATAN MARITIM: MARITIM NEGERI PAHANG TINJAU KOMUNITI, EDAR RISALAH DALAM NORMAL BAHARU

KUANTAN, 9 Jun - Sempena sambutan Hari Kesedaran Keselamatan Maritim Peringkat Kebangsaan (HKKM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pahang telah mengambil inisiatif meninjau lokasi-lokasi tumpuan komuniti maritim setempat dengan menyampaikan peringatan serta mengedarkan risalah keselamatan di laut.

Timbalan Pengarah Operasi Maritim Negeri Pahang, Kepten Maritim Muhamad Suhairy bin Hussain berkata, inisiatif ini bertujuan meningkatkan kesedaran komuniti maritim terutamanya ahli-ahli Persatuan Nelayan di sekitar negeri Pahang terutamanya di kawasan muara sungai Kuantan.

Inisiatif ini juga merupakan antara pengisian kepada sambutan yang julung kali diadakan dan disambut pada tanggal 6 Jun setiap tahun bersempena dengan kempen Hari Kesedaran Keselamatan Maritim Peringkat Kebangsaan bagi memupuk kesedaran tentang kepentingan keselamatan semasa berada di laut.

Tinjauan dan inisiatif bertanya khabar juga dilakukan ke atas kelompok masyarakat pesisir pantai dengan mengagihkan risalah-risalah berkaitan serta penerangan ringkas tata cara pemakaian jaket keselamatan yang betul serta pematuhan Standard Operation Procedure (SOP) bekerja di atas bot, khususnya dalam situasi pandemik COVID-19.

Interaksi santai dengan pematuhan ketat SOP kali ini telah memberi ruang dan juga peluang dalam berkongsi maklumat serta permasalahan terutamanya ke arah usaha menangani isu-isu keselamatan serta aktiviti-aktiviti yang melanggar undang-undang di perairan Pahang.

Usaha dan nilai murni ini sekaligus dapat mendekatkan Maritim Malaysia dengan nelayan tempatan dan menjadikan nelayan sebagai mata dan telinga untuk menyalurkan maklumat dan aduan sekiranya diperlukan.

Sebarang aduan dan maklumat boleh disalurkan ke Pusat Operasi Maritim Negeri Pahang di talian 09-5717345 atau melalui talian bantuan kecemasan MERS 999.

365b233c a435 47f7 9426 99c2c6bc9bef   650a906b bbde 49b9 bc84 228761532e98
665614a2 7722 470b a802 b25dcc3b3e35   eaa6bbfa 6102 4d40 bddb 07d1b96b64e5
Grid List

KUNJUNGAN HORMAT MARITIM NEGERI TERENGGANU KE JABATAN PEGANGKUTAN JALAN

KUALA TERENGGANU, 17 APRIL – Pengarah Maritim Negeri Terengganu, Kepten Maritim Mohd Khairulanuar bin Abd Majid telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Terengganu, Zulkarnain bin Yasin di Pejabat Pengarah JPJ Negeri Terengganu semalam.

Turut mengiringi Pengarah dalam kunjungan tersebut Komander Maritim Mohd Firdaus bin Mohd Anuar serta Timbalan Pengarah Pengurusan Maritim Negeri Terengganu, En. Mohd Mufsi bin Lat.

Dalam kunjungan tersebut kedua-dua agensi membincangkan mengenai cabaran penguat kuasa dan kerjasama yang boleh dilaksanakan bersama di masa hadapan.

 

LAWAT JPJ
 
LAWAT JPJ 2
hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC