KUANTAN, 6 Mei – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia ( Maritim Malaysia ) Negeri Pahang mengadakan Majlis Berbuka Puasa dan Penyerahan Bingkisan Raya kepada pegawai dan anggota yang bertugas pada hari Raya Aidilfitri oleh Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Datuk Haji Amran bin Haji Daud bertempat di KM Langkawi.
Pada Majlis penyerahan bingkisan raya tersebut, Pegawai Memerintah, Ketua Pos Teluk Gading dan Ketua Bot mewakili setiap unit hadir untuk menerima bingkisan tersebut untuk diberikan kepada pegawai dan anggota yang bertugas pada hari raya Aidilfitri yang menjelang tiba. Dengan pemberian bingkisan raya ini di harap dapat mengubat rindu suasana hari raya bagi pegawai dan anggota yang bertugas.
Dalam ucapan beliau mengingatkan kepada semua warga kerja maritim negeri serta semua warga kapal agar sentiasa menjalankan tugas dengan bekerja bersungguh-sungguh dan sentiasa bersabar serta berwaspada dengan memastikan setiap pegawai dan anggota sentiasa menjaga SOP sebaiknya memandangkan negara masih lagi dalam usaha melawan pandemik Covid-19. Mengakhiri ucapan beliau mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh pegawai dan anggota Maritim Malaysia khususnya Maritim Negeri Pahang.
Tidak dilupa juga pengorbanan isteri dan keluarga sebagai tulang belakang dalam mengharungi kehidupan sebagai isteri penguatkuasa walau di mana jua berada.
Selesai Majlis penyerahan bingkisan raya dan berbuka puasa, Pengarah serta pegawai- pegawai memerintah menunaikan solat maghrib secara berjemaah serta sesi ramah mesra bersama dengan pegawai dan anggota KM Langkawi. Majlis diakhiri dengan sesi bergambar.
BOT KARAM, LIMA NELAYAN SELAMAT
LAKUKAN PELBAGAI KESALAHAN, SEBUAH BOT PUKAT JERUT BILIS DITAHAN
DUA BOT NELAYAN VIETNAM CEROBOH PERAIRAN NEGARA DITAHAN
MARITIM MALAYSIA AKTIFKAN SEMULA OP PAGAR LAUT SEMPENA RAMADAN DAN SYAWAL
BOT NELAYAN KELAS B DITAHAN LANGGAR SYARAT LESEN
LAGI 27 SET BUBU NAGA DIRAMPAS DI PERAIRAN PULAU TALANG .
34 SET BUBU NAGA DIRAMPAS DI PERAIRAN PULAU TALANG
DUA NELAYAN DISELAMATKAN DISERAH KEPADA INDONESIA
MAJLIS PEMAKAIAN PANGKAT PEGAWAI PENGUAT KUASA LAIN-LAIN PANGKAT MARITIM MALAYSIA .
PUTRAJAYA, 22 Mac – Seramai sembilan anggota penguat kuasa Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menerima pemangkuan pangkat pada satu Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Penguat Kuasa Lain - Lain Pangkat (LLP) Maritim Malaysia yang diadakan di Ibu Pejabat Maritim Malaysia, hari ini.
Majlis itu disempurnakan oleh Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Hamid Hj Mohd Amin dengan iringan Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Maritim Malaysia, Mohd Norzam Mustapa.
Mendahului senarai penerima pangkat bagi Pegawai Waran II Maritim Gred T10 ialah Bintara Kanan Maritim Noorhisham Tumiran dan Bintara Kanan Maritim Rahim Basiron.
Seterusnya, penerima bagi pemakaian pangkat Bintara Kanan Maritim Gred T8 didahului oleh Bintara Muda Maritim Khairul Anuar Md Diah diikuti dengan Bintara Muda Maritim Amran Samsudin dan Bintara Muda Maritim Kamarul Zaman Bin Mat Arifin.
Akhir sekali, pemakaian pangkat Bintara Muda Maritim Gred T6 diterima oleh Laskar Kanan Maritim Azman Omar, Laskar Kanan Maritim Norsahlizan Dahlan, Laskar Kanan Maritim Mohamad Fuad Ahmad dan Laskar Kanan Maritim Fred Justine.
Tahniah diucapkan kepada semua penerima kenaikan pangkat. Selamat maju jaya.