19
Jum, Apr

Grid List

KAPAL MT LAYAR ANGGUN 8 TERBAKAR DALAM PERAIRAN MALAYSIA

KETUA PENGARAH KEENAM MARITIM MALAYSIA BERSARA WAJIB

KOTAK HITAM HELIKOPTER AW 139 MARITIM MALAYSIA DITEMUKAN

30 SET BUBU NAGA DIRAMPAS DI PERAIRAN TALANG

GAGAL ISYTIHAR MUATAN, BOT KARGO DITAHAN MARITIM MALAYSIA

27 SET BUBU NAGA DIRAMPAS DAN BOT NELAYAN KELAS C DITAHAN LANGGAR SYARAT LESEN

DUA BOT NELAYAN TEMPATAN DITAHAN DAN 25 SET BUBU NAGA DIRAMPAS MARITIM NEGERI PERAK

MARITIM MALAYSIA TAHAN BOT BERSAMA MUATAN 500 LITER PETROL TANPA PERMIT

PERHIMPUNAN BULANAN ZON MARITIM KEMAMAN, PENYAMPAIAN SIJIL ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG (APC) DAN PENYAMPAIAN ANUGERAH PEKERJA CONTOH

KEMAMAN, 20 April - Majlis Perhimpunan Bulanan Zon Maritim Kemaman dilaksanakan pada jam 5.00 petang yang dihadiri oleh semua pegawai dan anggota Zon Maritim Kemaman serta Pegawai, Pegawai Memerintah, Ketua Bot, Ketua Seksyen dan Unit Maritim Negeri Terengganu semalam.

Penyampaian Sijil Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) juga turut diberikan kepada enam warga Zon Maritim Kemaman dan Anugerah Pekerja Contoh bagi bulan Mac 2021 telah diberikan kepada Laskar Kelas I (M) Muhammad Amirul bin Che Omar, KM GEMIA atas pencapaian cemerlang beliau. 

Anugerah Pekerja Contoh bulanan dinilai berdasarkan keperibadian seseorang anggota, disiplin, komitmen terhadap kerja, panghasilan kerja yang cemerlang, penguasaan sesuatu kemahiran, kepimpinan, serta penglibatan dalam aktiviti agensi.

Bacaan Tahlil, Doa Selamat dan Tazkirah ringkas disampaikan oleh Ustaz Nik Hamzah bin Nik Hassan yang dijemput daripada Maritim Negeri Terengganu telah diadakan di Surau Zon Maritim Kemaman setelah selesai perbarisan.

Sebagai pengisian program Ihya Ramadhan, Solat berjemaah dan Solat Tarawih turut dianjurkan. 

f63b45d7 9d99 4210 b792 afab5811dd8d    87dbc69e ff08 45db 83ca ced175b33061 
     
WhatsApp Image 2021 04 19 at 22.15.00    8c1200a0 64ac 48b3 90f5 2de7c1569bfe 
Grid List

LAWATAN KERJA PENGARAH KANAN BAHAGIAN KESELAMATAN PETRONAS KE IBU PEJABAT MARITIM NEGERI SARAWAK

KUCHING, 19 APRIL – Ibu Pejabat Maritim Negeri Sarawak menerima lawatan kerja rasmi daripada Pengarah Kanan Bahagian Keselamatan Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS), Sivashakaran Nair Sankunny, semalam.

Ketibaan delegasi ke Kompleks Maritim Tun Abang Salahuddin (KOMTAS) disambut oleh Pengarah Maritim Negeri Sarawak, Laksamana Pertama Maritim Kamal Ariffin Bin Jusoh diiringi Timbalan Pengarah Operasi Maritim Negeri Sarawak, Kepten Maritim Simon Templer Lo Ak Tusa.

Tujuan lawatan kerja ini adalah bagi mewujudkan kerjasama serta hubungan baik di antara kedua-dua pihak di samping menjadi platform pertemuan empat mata bagi membincangkan perkembangan semasa mengenai isu-isu maritim.

Diharapkan dengan lawatan kerja yang dilakukan ini dapat meningkatkan lagi kerjasama yang sedia terjalin di antara kedua-dua pihak selain menjadi interprentasi bahawa Maritim Malaysia sangat komited dalam menjaga kedaulatan perairan negara daripada ancaman luar bagi menjamin keselamatan dan ketenteraman awam.

 

WhatsApp Image 2024 04 18 at 6.32.07 PM
 
WhatsApp Image 2024 04 18 at 6.32.06 PM
hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC