19
Jum, Apr

Grid List

20 NELAYAN WARGA ASING DITAHAN MARITIM MALAYSIA .

KAPAL MT LAYAR ANGGUN 8 TERBAKAR DALAM PERAIRAN MALAYSIA

KETUA PENGARAH KEENAM MARITIM MALAYSIA BERSARA WAJIB

KOTAK HITAM HELIKOPTER AW 139 MARITIM MALAYSIA DITEMUKAN

30 SET BUBU NAGA DIRAMPAS DI PERAIRAN TALANG

GAGAL ISYTIHAR MUATAN, BOT KARGO DITAHAN MARITIM MALAYSIA

27 SET BUBU NAGA DIRAMPAS DAN BOT NELAYAN KELAS C DITAHAN LANGGAR SYARAT LESEN

DUA BOT NELAYAN TEMPATAN DITAHAN DAN 25 SET BUBU NAGA DIRAMPAS MARITIM NEGERI PERAK

MARITIM MALAYSIA SERAH RECOMPRESSION CHAMBER KEPADA TENTERA LAUT DIRAJA MALAYSIA

MARITIM NEGERI KEDAH PERLIS

LANGKAWI, 6 April - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Kedah dan Perlis telah menyerahkan set peralatan operasi selam jenis 'Two Men Recompression Chamber' (RCC) kepada Markas Selam dan Peperangan Periuk Api Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), semalam.

2ND WhatsApp Image 2021 04 06 at 10.08.17 1 

RCC merupakan alat terapi bagi merawat pesakit yang keracunan karbon monoksida serta penyakit lain seperti perenang dalam laut, pesakit diabetes serta bagi nyah penyakit tekanan (DCS) yang juga dikenali sebagai dekompresi (decompression sickness).

'Small lightweight recompression chamber' jenis Two Men (one patient and one attendant) ini adalah satu-satunya rawatan perubatan bukan hormonal yang telah diluluskan oleh FDA.

Ia juga digunakan untuk merawat penyakit berpunca dari gangguan fisiologi yang disebabkan oleh penurunan tekanan atmosfera yang terlalu cepat dan banyak berlaku kepada penyelam.

 

  WhatsApp Image 2021 04 06 at 10.08.18    WhatsApp Image 2021 04 06 at 10.08.18 1   

Inisiatif penyerahan dilakukan bertujuan bagi memperatkan hubungan antara Maritim Malaysia dan TLDM dalam keupayaan operasi selam negara.

Majlis penyerahan tersebut telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Pengurusan Maritim Negeri Kedah dan Perlis Encik Ahmad Fuad bin Ishak sambil disaksikan oleh Timbalan Pengarah Operasi Negeri Kedah dan Perlis, Kepten Maritim Zulinda binti Ramly kepada Panglima Selam dan Peperangan Periuk Api, Laksamana Pertama Abdullah Sani bin Ismail di pejabat Maritim Negeri Kedah dan Perlis, Pulau Langkawi.

Grid List

KUNJUNGAN HORMAT MARITIM NEGERI PAHANG KE JABATAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN KOS SARA HIDUP

KUANTAN, 19 APRIL – Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Mazlan bin Mat Rejab telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Pengarah Jabatan Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Negeri Pahang, Puan Jezlily binti Jamaluddin di Pejabat Pengarah KPDN Negeri Pahang, semalam.

Turut mengiringi pengarah dalam kunjungan tersebut Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasaan dan Eksesais, Komander Maritim Abdul Halim bin Hamzah serta Timbalan Pengarah Pengurusan Maritim Negeri Pahang, Puan Juzilawati binti Kamarudin.

Kunjungan hormat tersebut merupakan platform membincang dan mengeratkan hubungan yang telah terjalin disamping berkongsi ideologi dan strategi antara jabatan ke arah kecemerlangan bersama pada masa akan datang.

 

WhatsApp Image 2024 04 19 at 2.36.23 PM 1
 
WhatsApp Image 2024 04 19 at 2.36.23 PM

 

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC