PULAU PINANG, 26 Februari - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pulau Pinang telah mengadakan sesi latihan dan taklimat khas penggunaan Sistem Pangkalan Data Versi 2.0 (DBOPS) dengan melibatkan 25 orang pegawai serta anggota dari pelbagai Seksyen dan Unit pada 26 Februari lepas.
Program ini dirasmikan oleh Pengarah Maritim Negeri Kepten Maritim Abd Razak bin Mohamed dan dikendalikan sepenuhnya oleh penceramah dari Bahagian Siasatan Jenayah Maritim (BSJM) dan Bahagian Teknologi Maklumat (BTM) Ibu Pejabat Maritim Malaysia Putrajaya
Sepanjang program ini dijalankan, peserta diberi pendedahan serta tatacara pengunaan pengisian yang betul membabitkan data pemeriksaan, tangkapan serta siasatan bagi memudahkan urusan untuk mengakses ke dalam pangkalan data.
LAGI 50 UNIT BUBU NAGA DIRAMPAS DI PERAIRAN KERIAN
35 SET BUBU NAGA TERUS DIRAMPAS DI PULAU TALANG
DUA WARGA TEMPATAN BERSAMA SEBUAH BOT PENUMPANG DITAHAN
ZON MARITIM BINTULU | BOT NELAYAN ASING CEROBOH PERAIRAN SARAWAK DITAHAN
OP KHAS PAGAR LAUT FASA 3 CATAT 55 KES TANGKAPAN
MARITIM NEGERI PERAK TERUS MERAMPAS BUBU NAGA DI PULAU TALANG
BOT NELAYAN ‘TARIK TEPI’ DITAHAN MARITIM MALAYSIA
MARITIM NEGERI PAHANG | DUA PEMILIK BOT NELAYAN DIJATUHKAN HUKUMAN DENDA
KUNJUNGAN HORMAT SUHAKAM KE IBU PEJABAT MARITIM NEGERI KEDAH DAN PERLIS
LANGKAWI, 24 APRIL – Maritim Negeri Kedah dan Perlis menerima kunjungan hormat dari delegasi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) yang diketuai oleh Datuk Mariati Robert, Professor Dato’ Noor Aziah binti Mohd Awai, pegawai SUHAKAM serta wakil daripada Agensi Pelarian Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNHCR).
Delegasi telah disambut Pengarah Maritin Negeri Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Romli Mustafa bersama Timbalan Pengarah (Operasi) Maritim Negeri Kedah dan Perlis, Kapten Maritim Mohammad Nasir Man serta Pengarah Zon Maritim Kuala Kedah, Komander Maritim Noor Azreyanti Ishak dan Timbalan Pengarah (Operasi) Zon Maritim Kuala Perlis, Leftenan Maritim Fazmin Shah Md Rafee Shah.
Lawatan kerja ini adalah bertujuan bagi membincangkan isu kemasukan pelarian dan migran tanpa dokumen yang masuk ke negara ini menerusi perairan Langkawi.
Selain itu, sesi pemantauan SUHAKAM terutamanya di Langkawi turut dilakukan untuk melihat penguatkuasaan Agensi terhadap aktiviti pemerdagangan dan penyeludupan pelarian serta migran tanpa dokumen yang berlaku di perairan Langkawi.