KUCHING, 19 Februari – Pengarah Maritim Negeri Sarawak, Laksamana Pertama Maritim Zin Azman bin Md Yunus mengadakan kunjungan hormat ke atas Pengarah Jabatan Laut Malaysia Wilayah Sarawak, YBrs. Mohamad Marzuki Bin Brahim, di Ibu Pejabat Laut Wilayah Sarawak, Kuching, pagi tadi.
Kunjungan ini bertujuan bagi memperkenalkan Pengarah Maritim Negeri Sarawak kepada Pengarah Jabatan Laut Malayisa Wilayah Sarawak serta membincangkan perkara berkenaan Operasi Penguatkuasaan dan Operasi Carilamat (SAR) yang dilakukan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia di perairan negeri Sarawak.
Turut dibincangkan juga berkaitan dengan isu-isu semasa terutamanya berkenaan dengan Op Benteng Laut Timur yang telah dilaksanakan bersama agensi-agensi penguatkuasaan lain di perairan negeri Sarawak.
Perbincangan tersebut dijangka akan meningkatkan persefahaman dan kerjasama bagi memperkasakan operasi penguatkuasaan di negeri Sarawak. Selain itu, turut dibincangkan adalah berkenaan dengan perancangan jalinan kerjasama dalam tugas-tugas penguatkuasaan di negeri Sarawak dan penganjuran aktiviti bersama di masa akan datang.
LAKUKAN PELBAGAI KESALAHAN, SEBUAH BOT PUKAT JERUT BILIS DITAHAN
DUA BOT NELAYAN VIETNAM CEROBOH PERAIRAN NEGARA DITAHAN
MARITIM MALAYSIA AKTIFKAN SEMULA OP PAGAR LAUT SEMPENA RAMADAN DAN SYAWAL
BOT NELAYAN KELAS B DITAHAN LANGGAR SYARAT LESEN
LAGI 27 SET BUBU NAGA DIRAMPAS DI PERAIRAN PULAU TALANG .
34 SET BUBU NAGA DIRAMPAS DI PERAIRAN PULAU TALANG
DUA NELAYAN DISELAMATKAN DISERAH KEPADA INDONESIA
PENDATANG ASING TANPA IZIN GAGAL LOLOS DIRI PULANG KE NEGARA ASAL
KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH MARITIM NEGERI TERENGGANU KE ATAS EXCO TERENGGANU
KUALA TERENGGANU, 20 Mac – Pengarah Maritim Negeri Terengganu, Kepten Maritim Mohd Khairulanuar bin Abd Majid telah mengadakan kunjungan hormat ke atas EXCO Pertanian,Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa Negeri Terengganu, YB Dr. Azman Ibrahim di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu.
Kunjungan hormat ini bertujuan untuk membincangkan mengenai isu-isu semasa berkaitan pencerobohan bot nelayan asing di perairan negara, isu berkaitan bot-bot nelayan tempatan, pengoperasian dan penguatkuasaan serta hal-hal berkaitan.