KUANTAN, 18 Februari - Kapal Maritim (KM) Pekan hari ini mengadakan Majlis Serah Terima Tugas Pegawai Memerintah yang baharu iaitu Kepten Maritim Hamiludin bin Che Awang yang menggantikan Kepten Maritim Muhammad Nazry bin Zubir yang disaksikan oleh Pengarah Maritim Negeri Pahang iaitu Laksamana Pertama Maritim Datuk Haji Amran bin Haji Daud
Majlis ringkas yang diadakan di KM Pekan itu turut dihadiri Timbalan Pengarah Operasi Maritim Negeri Pahang, Kepten Maritim Muhamad Suhairy bin Hussain, Pegawai Memerintah KM Langkawi Komander Maritim Mohd Marmizi Bin Md Nor, Pegawai Laksana KM Pekan Komander Maritim Ismail Bin Hamzah dan pegawai-pegawai Kapal Maritim Pekan.
Laksamana Pertama Maritim Datuk Haji Amran bin Haji Daud dalam ucapannya merakamkan ucapan tahniah kepada Pegawai Memerintah yang baharu dan berharap dapat memikul tanggungjawab serta menggalas tugas dengan penuh amanah dalam menjaga perairan Negara daripada diceroboh terutamanya Bot Nelayan Asing. Beliau turut mengucapankan ribuan terima kasih kepada mantan Pegawai Memerintah yang meyumbang bakti dan tenaga selama berkhidmat di kapal ini.
Beliau juga menaruh harapan supaya KM Pekan akan menjadi kapal terbaik Maritim Malaysia pada tahun ini dan meneruskan kecemerlangan di pentas samudera.
LAKUKAN PELBAGAI KESALAHAN, SEBUAH BOT PUKAT JERUT BILIS DITAHAN
DUA BOT NELAYAN VIETNAM CEROBOH PERAIRAN NEGARA DITAHAN
MARITIM MALAYSIA AKTIFKAN SEMULA OP PAGAR LAUT SEMPENA RAMADAN DAN SYAWAL
BOT NELAYAN KELAS B DITAHAN LANGGAR SYARAT LESEN
LAGI 27 SET BUBU NAGA DIRAMPAS DI PERAIRAN PULAU TALANG .
34 SET BUBU NAGA DIRAMPAS DI PERAIRAN PULAU TALANG
DUA NELAYAN DISELAMATKAN DISERAH KEPADA INDONESIA
PENDATANG ASING TANPA IZIN GAGAL LOLOS DIRI PULANG KE NEGARA ASAL
KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH MARITIM NEGERI TERENGGANU KE ATAS EXCO TERENGGANU
KUALA TERENGGANU, 20 Mac – Pengarah Maritim Negeri Terengganu, Kepten Maritim Mohd Khairulanuar bin Abd Majid telah mengadakan kunjungan hormat ke atas EXCO Pertanian,Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa Negeri Terengganu, YB Dr. Azman Ibrahim di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu.
Kunjungan hormat ini bertujuan untuk membincangkan mengenai isu-isu semasa berkaitan pencerobohan bot nelayan asing di perairan negara, isu berkaitan bot-bot nelayan tempatan, pengoperasian dan penguatkuasaan serta hal-hal berkaitan.