GEORGETOWN, 1 Disember - Pengarah Maritim Negeri Pulau Pinang melakukan kunjungan hormat ke atas Pengarah Jabatan Perikanan Pulau Pinang, di Gelugor bagi membincangkan isu-isu yang dihadapi bersama dalam penguatkuasaan undang-undang di perairan Pulau Pinang.
Antaranya adalah isu bot kenka, isu penduduk Eetnik Burma di Teluk Kumbar, pencerobohan kawasan oleh pukat tunda, masalah sangkar ikan, operasi bersepadu APMM -Jabatan Perikanan dan projek pembersihan santuari penyu di pantai Kerachut.
Pertemuan ini juga menjadi medium untuk memperkukuhkan lagi hubungan antara kedua-dua Agensi serta mempertingkatkan usahasama dalam penguatkuasaan maritim.
Antara barisan pengurusan Jabatan Perikanan Negeri Pulau Pinang yang menerima kunjungan hormat ini adalah Puan Noraisyah Binti Abu Bakar, Pengarah Jabatan Perikanan Negeri, Puan Nabilah Binti Mohd Yusof, Cawangan Pengurusan dan Pemuliharaan Sumber, Ketua Cawangan En. Mohd Baihari bin Md Noor, Cawangan Pembangunan Akuakultur dan Encik Roslan Bin Samsudin, Ketua Pangkalan Utama (Penguatkuasaan).
Pada kunjungan hormat tersebut, delegasi Maritim Malaysia terdiri daripada Pengarah Maritim Negeri Pulau Pinang, Kepten Maritim Abd Razak Bin Mohamed, Timbalan Pengarah Operasi, Komander Maritim Nak Rong A/L Si Prom, Timbalan Pengarah Siasatan, Lt Komander Maritim Loo Boon Yew, Pegawai C3I, Lt Maritim Mohd Fairus Bin Mat Saad dan Lt Maritim Mohammad Iqbal Bin Mokhti.
BOT KARAM, LIMA NELAYAN SELAMAT
LAKUKAN PELBAGAI KESALAHAN, SEBUAH BOT PUKAT JERUT BILIS DITAHAN
DUA BOT NELAYAN VIETNAM CEROBOH PERAIRAN NEGARA DITAHAN
MARITIM MALAYSIA AKTIFKAN SEMULA OP PAGAR LAUT SEMPENA RAMADAN DAN SYAWAL
BOT NELAYAN KELAS B DITAHAN LANGGAR SYARAT LESEN
LAGI 27 SET BUBU NAGA DIRAMPAS DI PERAIRAN PULAU TALANG .
34 SET BUBU NAGA DIRAMPAS DI PERAIRAN PULAU TALANG
DUA NELAYAN DISELAMATKAN DISERAH KEPADA INDONESIA
MAJLIS PEMAKAIAN PANGKAT PEGAWAI PENGUAT KUASA LAIN-LAIN PANGKAT MARITIM MALAYSIA .
PUTRAJAYA, 22 Mac – Seramai sembilan anggota penguat kuasa Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menerima pemangkuan pangkat pada satu Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Penguat Kuasa Lain - Lain Pangkat (LLP) Maritim Malaysia yang diadakan di Ibu Pejabat Maritim Malaysia, hari ini.
Majlis itu disempurnakan oleh Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Hamid Hj Mohd Amin dengan iringan Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Maritim Malaysia, Mohd Norzam Mustapa.
Mendahului senarai penerima pangkat bagi Pegawai Waran II Maritim Gred T10 ialah Bintara Kanan Maritim Noorhisham Tumiran dan Bintara Kanan Maritim Rahim Basiron.
Seterusnya, penerima bagi pemakaian pangkat Bintara Kanan Maritim Gred T8 didahului oleh Bintara Muda Maritim Khairul Anuar Md Diah diikuti dengan Bintara Muda Maritim Amran Samsudin dan Bintara Muda Maritim Kamarul Zaman Bin Mat Arifin.
Akhir sekali, pemakaian pangkat Bintara Muda Maritim Gred T6 diterima oleh Laskar Kanan Maritim Azman Omar, Laskar Kanan Maritim Norsahlizan Dahlan, Laskar Kanan Maritim Mohamad Fuad Ahmad dan Laskar Kanan Maritim Fred Justine.
Tahniah diucapkan kepada semua penerima kenaikan pangkat. Selamat maju jaya.