KUANTAN, 18 November - Walaupun diuji dengan pandemik COVID-19, kemeriahan Maulidur Rasul tetap dirasai sungguhpun majlis disambut secara sederhana dan mematuhi prosedur operasi standard dalam suasana norma baharu oleh warga Maritim Negeri Pahang pada 13 November yang lalu.
Majlis diadakan di Surau Al-Bahri, Maritim Negeri Pahang dimulakan dengan bacaan yasin untuk disedekahkan kepada ahli keluarga Maritim Negeri Pahang yang telah meninggal dunia, serta selawat sempena Maulidur Rasul 1442H untuk memperingati hari keputeraan junjungan besar Nabi Muhammad SAW.
Turut hadir dalam majlis ini, Laksamana Pertama Maritim Datuk Haji Amran bin Haji Daud, Pengarah Maritim Negeri Pahang serta 40 orang pegawai dan anggota ibu pejabat Maritim Negeri Pahang.
Sumber : Pegawai Perhubungan Awam Maritim Negeri Pahang
KOTAK HITAM HELIKOPTER AW 139 MARITIM MALAYSIA DITEMUKAN
30 SET BUBU NAGA DIRAMPAS DI PERAIRAN TALANG
GAGAL ISYTIHAR MUATAN, BOT KARGO DITAHAN MARITIM MALAYSIA
27 SET BUBU NAGA DIRAMPAS DAN BOT NELAYAN KELAS C DITAHAN LANGGAR SYARAT LESEN
DUA BOT NELAYAN TEMPATAN DITAHAN DAN 25 SET BUBU NAGA DIRAMPAS MARITIM NEGERI PERAK
MARITIM MALAYSIA TAHAN BOT BERSAMA MUATAN 500 LITER PETROL TANPA PERMIT
TAHAN BOT TUNDA, TIADA LESEN PERKAPALAN DALAM NEGERI (DSL)
PINDAH 10,000 LITER DIESEL SECARA ‘HARAM’, SEBUAH BOT TUNDA DAN LORI TANGKI DISITA
KUNJUNGAN HORMAT MARITIM NEGERI TERENGGANU KE JABATAN PEGANGKUTAN JALAN
KUALA TERENGGANU, 17 APRIL – Pengarah Maritim Negeri Terengganu, Kepten Maritim Mohd Khairulanuar bin Abd Majid telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Terengganu, Zulkarnain bin Yasin di Pejabat Pengarah JPJ Negeri Terengganu semalam.
Turut mengiringi Pengarah dalam kunjungan tersebut Komander Maritim Mohd Firdaus bin Mohd Anuar serta Timbalan Pengarah Pengurusan Maritim Negeri Terengganu, En. Mohd Mufsi bin Lat.
Dalam kunjungan tersebut kedua-dua agensi membincangkan mengenai cabaran penguat kuasa dan kerjasama yang boleh dilaksanakan bersama di masa hadapan.