AMSAS DIIKTIRAF SEBAGAI INSTITUSI LATIHAN DI BAWAH PROGRAM KERJASAMA TEKNIKAL MALAYSIA (MTCP)

 

PUTRAJAYA, 23 Oktober - Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah (AMSAS) yang merupakan sebuah institusi latihan di bawah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia baru-baru ini telah menerima pengiktirafan sebagai sebuah institusi latihan di bawah Program Kerjasama Teknikal Malaysia (MTCP).

Sebagai permulaan, pengiktirafan ini bermula dengan rentetan permohonan Maritim Malaysia dan AMSAS pada 2014 bagi disenaraikan di dalam senarai institusi pendidikan dan latihan yang diiktiraf oleh Kementerian Luar Negeri (KLN) menerusi Bahagian Kerjasama dan Pembanggunan Antarabangsa KLN. Inisiatif ini merupakan kesinambungan bagi menjadikan AMSAS sebagai sebuah Centre Of Excellent pada tahun 2020.

Permohonan tersebut telah diterima pihak KLN dan susulan itu pada tahun 2016, lawatan kerja telah dilaksanakan oleh pihak urus setia KLN. Seiring dengan itu, pelbagai program latihan yang melibatkan peserta-peserta ASEAN dan antarabangsa yang lain telah dilaksanakan oleh AMSAS bersama pihak Japan International Cooperation Agency (JICA) Malaysia sejak 2015 hingga kini. Kejayaan dalam pelaksanaan program latihan tersebut menjadi pemangkin untuk mengukuhkan permohonan AMSAS ini, sekaligus meningkatkan keupayaan AMSAS untuk mengendalikan kursus-kursus bersifat antarabangsa.

Pada 16 Oktober 2020, AMSAS telah menerma kelulusan sebagai institusi latihan di bawah MTCP. Melalui penganjuran program latihan di bawah MTCP ini kelak, AMSAS akan dapat meningkatkan kredibilitinya sebagai pusat laihan yang memfokuskan kepada skop penguatkuasaan maritim dan carilamat. Ini secara tidak langsung akan melonjakkan nama AMSAS sebagai salah satu institusi latihan bertaraf antarabangsa.

TAHNIAH AMSAS !!!

WhatsApp Image 2020 10 23 at 5.26.48 PM