PUTRAJAYA, 23 Oktober - Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah (AMSAS) yang merupakan sebuah institusi latihan di bawah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia baru-baru ini telah menerima pengiktirafan sebagai sebuah institusi latihan di bawah Program Kerjasama Teknikal Malaysia (MTCP).
Sebagai permulaan, pengiktirafan ini bermula dengan rentetan permohonan Maritim Malaysia dan AMSAS pada 2014 bagi disenaraikan di dalam senarai institusi pendidikan dan latihan yang diiktiraf oleh Kementerian Luar Negeri (KLN) menerusi Bahagian Kerjasama dan Pembanggunan Antarabangsa KLN. Inisiatif ini merupakan kesinambungan bagi menjadikan AMSAS sebagai sebuah Centre Of Excellent pada tahun 2020.
Permohonan tersebut telah diterima pihak KLN dan susulan itu pada tahun 2016, lawatan kerja telah dilaksanakan oleh pihak urus setia KLN. Seiring dengan itu, pelbagai program latihan yang melibatkan peserta-peserta ASEAN dan antarabangsa yang lain telah dilaksanakan oleh AMSAS bersama pihak Japan International Cooperation Agency (JICA) Malaysia sejak 2015 hingga kini. Kejayaan dalam pelaksanaan program latihan tersebut menjadi pemangkin untuk mengukuhkan permohonan AMSAS ini, sekaligus meningkatkan keupayaan AMSAS untuk mengendalikan kursus-kursus bersifat antarabangsa.
Pada 16 Oktober 2020, AMSAS telah menerma kelulusan sebagai institusi latihan di bawah MTCP. Melalui penganjuran program latihan di bawah MTCP ini kelak, AMSAS akan dapat meningkatkan kredibilitinya sebagai pusat laihan yang memfokuskan kepada skop penguatkuasaan maritim dan carilamat. Ini secara tidak langsung akan melonjakkan nama AMSAS sebagai salah satu institusi latihan bertaraf antarabangsa.TAHNIAH AMSAS !!!
LAKUKAN PELBAGAI KESALAHAN, SEBUAH BOT PUKAT JERUT BILIS DITAHAN
DUA BOT NELAYAN VIETNAM CEROBOH PERAIRAN NEGARA DITAHAN
MARITIM MALAYSIA AKTIFKAN SEMULA OP PAGAR LAUT SEMPENA RAMADAN DAN SYAWAL
BOT NELAYAN KELAS B DITAHAN LANGGAR SYARAT LESEN
LAGI 27 SET BUBU NAGA DIRAMPAS DI PERAIRAN PULAU TALANG .
34 SET BUBU NAGA DIRAMPAS DI PERAIRAN PULAU TALANG
DUA NELAYAN DISELAMATKAN DISERAH KEPADA INDONESIA
PENDATANG ASING TANPA IZIN GAGAL LOLOS DIRI PULANG KE NEGARA ASAL
KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH MARITIM NEGERI TERENGGANU KE ATAS EXCO TERENGGANU
KUALA TERENGGANU, 20 Mac – Pengarah Maritim Negeri Terengganu, Kepten Maritim Mohd Khairulanuar bin Abd Majid telah mengadakan kunjungan hormat ke atas EXCO Pertanian,Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa Negeri Terengganu, YB Dr. Azman Ibrahim di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu.
Kunjungan hormat ini bertujuan untuk membincangkan mengenai isu-isu semasa berkaitan pencerobohan bot nelayan asing di perairan negara, isu berkaitan bot-bot nelayan tempatan, pengoperasian dan penguatkuasaan serta hal-hal berkaitan.