KUANTAN, 15 Oktober – 4 buah bot nelayan tempatan bersama 5 orang nelayan warga tempatan ditahan di kedudukan 2.5 batu nautika dari Muara Nenasi kemarin.
Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Haji Amran bin Haji Daud berkata, bot berkenaan ditahan ketika rutin pemeriksaan oleh sepasukan anggota Bot Maritim yang ketika itu sedang melakukan rondaan dan penguatkuasaan di perairan Pekan Kuantan, katanya.
4 buah bot nelayan tempatan yang dinaiki 5 orang warga tempatan itu ditahan kira-kira pada jam 12.30 tengah hari kemarin dan difahamkan keempat-empat bot tesebut gagal mempamirkan lesen bot yang sah. Bot berkenaan berpangkalan di Nenasi, Pekan di tahan dengan tangkapan mencecah 52 kilogram.
Kesemua nelayan tersebut berumur lingkungan 27 hingga 58 tahun serta bot ditahan dan diserahkan kepada pegawai penyiasat untuk siasatan lanjut. Kes disiasat di bawah Seksyen 8(a) dan Seksyen 8(b) Akta Perikanan 1985 kerana tidak mempunyai lesen dan melanggar syarat-syarat lesen.
Pihak Maritim akan bertindak tegas kepada bot nelayan yang melanggar syarat lesen menangkap ikan dan melakukan pencerobohan zon tangkapan ikan. "Maritim tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang pada sesiapa yang melanggar undang-undang dilaut bagi memelihara hidupan marin supaya tidak terjejas," katanya.
SUMBER : PEGAWAI PERHUBUNGAN AWAM MARITIM NEGERI PAHANG
BOT KARAM, LIMA NELAYAN SELAMAT
LAKUKAN PELBAGAI KESALAHAN, SEBUAH BOT PUKAT JERUT BILIS DITAHAN
DUA BOT NELAYAN VIETNAM CEROBOH PERAIRAN NEGARA DITAHAN
MARITIM MALAYSIA AKTIFKAN SEMULA OP PAGAR LAUT SEMPENA RAMADAN DAN SYAWAL
BOT NELAYAN KELAS B DITAHAN LANGGAR SYARAT LESEN
LAGI 27 SET BUBU NAGA DIRAMPAS DI PERAIRAN PULAU TALANG .
34 SET BUBU NAGA DIRAMPAS DI PERAIRAN PULAU TALANG
DUA NELAYAN DISELAMATKAN DISERAH KEPADA INDONESIA
KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH MARITIM NEGERI TERENGGANU KE ATAS EXCO TERENGGANU
KUALA TERENGGANU, 20 Mac – Pengarah Maritim Negeri Terengganu, Kepten Maritim Mohd Khairulanuar bin Abd Majid telah mengadakan kunjungan hormat ke atas EXCO Pertanian,Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa Negeri Terengganu, YB Dr. Azman Ibrahim di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu.
Kunjungan hormat ini bertujuan untuk membincangkan mengenai isu-isu semasa berkaitan pencerobohan bot nelayan asing di perairan negara, isu berkaitan bot-bot nelayan tempatan, pengoperasian dan penguatkuasaan serta hal-hal berkaitan.