Tanjung Manis, 25 September – Hari ini merupakan hari bersejarah buat Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Zon Maritim Tanjung Manis kerana telah berjaya melaksanakan program "Exit Conference" Penutup Audit Pensijilan EKSA bagi Pejabat Zon Maritim Tanjung Manis.
Menurut Pengarah Zon Maritim Tanjung Manis, Komander Maritim Mohd Ariz Bin Md Kassim berkata, Tim Audit Pensijilan EKSA dari Pejabat MAMPU Sibu dan Kuching tiba di Perkarangan Pejabat Zon Maritim Tanjung Manis disambut dengan amalan "Norma Baharu" bagi urusan penilaian Persijilan EKSA.
Penilaian Pemeriksaan Visual dan dokumentasi yang diadakan ada dibuat secara serentak ke semua aras EKSA Zon Belawai, EKSA Zon Jerijeh dan EKSA Zon Rejang oleh Tim Audit Pensijilan EKSA yang bermula dari 23 September 2020 sehingga pada hari ini, tambah beliau lagi.
Tambah Ariz lagi, bersyukur kita akhirnya kerana segala urusan telah berjalan lancar hasil kerjasama dari pelbagai pihak yang terlibat. Hari yang ditunggu-tunggu bagi Urusan Penilaian Pensijilan EKSA kini telah selesai.
BOT KARAM, LIMA NELAYAN SELAMAT
LAKUKAN PELBAGAI KESALAHAN, SEBUAH BOT PUKAT JERUT BILIS DITAHAN
DUA BOT NELAYAN VIETNAM CEROBOH PERAIRAN NEGARA DITAHAN
MARITIM MALAYSIA AKTIFKAN SEMULA OP PAGAR LAUT SEMPENA RAMADAN DAN SYAWAL
BOT NELAYAN KELAS B DITAHAN LANGGAR SYARAT LESEN
LAGI 27 SET BUBU NAGA DIRAMPAS DI PERAIRAN PULAU TALANG .
34 SET BUBU NAGA DIRAMPAS DI PERAIRAN PULAU TALANG
DUA NELAYAN DISELAMATKAN DISERAH KEPADA INDONESIA
MAJLIS PEMAKAIAN PANGKAT PEGAWAI PENGUAT KUASA LAIN-LAIN PANGKAT MARITIM MALAYSIA .
PUTRAJAYA, 22 Mac – Seramai sembilan anggota penguat kuasa Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menerima pemangkuan pangkat pada satu Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Penguat Kuasa Lain - Lain Pangkat (LLP) Maritim Malaysia yang diadakan di Ibu Pejabat Maritim Malaysia, hari ini.
Majlis itu disempurnakan oleh Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Hamid Hj Mohd Amin dengan iringan Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Maritim Malaysia, Mohd Norzam Mustapa.
Mendahului senarai penerima pangkat bagi Pegawai Waran II Maritim Gred T10 ialah Bintara Kanan Maritim Noorhisham Tumiran dan Bintara Kanan Maritim Rahim Basiron.
Seterusnya, penerima bagi pemakaian pangkat Bintara Kanan Maritim Gred T8 didahului oleh Bintara Muda Maritim Khairul Anuar Md Diah diikuti dengan Bintara Muda Maritim Amran Samsudin dan Bintara Muda Maritim Kamarul Zaman Bin Mat Arifin.
Akhir sekali, pemakaian pangkat Bintara Muda Maritim Gred T6 diterima oleh Laskar Kanan Maritim Azman Omar, Laskar Kanan Maritim Norsahlizan Dahlan, Laskar Kanan Maritim Mohamad Fuad Ahmad dan Laskar Kanan Maritim Fred Justine.
Tahniah diucapkan kepada semua penerima kenaikan pangkat. Selamat maju jaya.