LANGKAWI, 20 September - Pengarah Maritim Negeri Kedah dan Perlis Laksamana Pertama Maritim Mohd Zawawi bin Abdullah semalam menerima kunjungan hormat daripada Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Negeri Kedah Yang Berbahagia Tuan Mohd Rizal bin Tawil di Ibu Pejabat Maritim Negeri Kedah dan Perlis.

Kunjungan hormat ini diadakan bagi membincangkan berkenaan jalinan kerjasama antara Maritim Malaysia dan AADK menerusi operasi bersepadu yang dilaksanakan selain program bersama komuniti khususnya di kawasan yang dikenalpasti sebagai zon merah kes dadah di Negeri Kedah.

Turut hadir dalam perjumpaan tersebut adalah Komander Maritim Mohd Faizal bin Ahmad Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasaan dan Eksesais Maritim Negeri Kedah dan Perlis dan Mohammad Nurddin bin Ramli Ketua Pegawai AADK Daerah Langkawi.

9dca4529 7819 4fab 8309 062cf2d43755
 
1a7d4215 f6c8 4bf5 95af 65aefe4637b1
 
3a60bfe9 8275 45a4 b235 eb5622533cc2
 
f5e19d4e a5c2 4fd4 b843 79590d0e8f8a
 
384d2a7c 33a3 4120 a2f1 7284c4c7c54f