LANGKAWI, 17 Ogos - Satu Lawatan Kerja Pemantauan dan Kawalan Keselamatan di Laluan Pintu Masuk sempadan Negara Sektor Utara telah dilaksanakan oleh Tan Sri Ambrin bin Buang selaku Pengerusi Jawatan Kuasa Siasatan Tadbir Urus Perolehan dan Kewangan Kerajaan (JKSTUPKK) bersama agensi National Task Force (NTF) bertempat di Ibu Pejabat Maritim Negeri Kedah dan Perlis pada hari ini.
Ketibaan rombongan deligasi telah disambut oleh Pengarah Maritim Negeri Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Mohd Zawawi bin Abdullah bersama beberapa pegawai kanan yang lain.
Dalam rangka lawatan tersebut, Tan Sri Ambrin bin Buang bersama deligasi dari NTF telah diberi taklimat operasi khususnya di sekitar perairan negeri Kedah dan Perlis yang disampaikan oleh Timbalan Pengarah Operasi Maritim Negeri Kedah dan Perlis Kepten Maritim Zulinda binti Ramly dan beliau turut dibawa melawat ke Pejabat Sistem Pengawasan Laut (SWASLA) Langkawi.
Turut hadir bersama deligasi tersebut adalah Tan Sri Abdul Samad Alias Ahli JKSTUPKK, Laksamana Madya Dato' Aris Adi Tan bin Abdullah TLDM Komander NTF, dan Laksamana Muda Maritim Kamaruszaman bin Hj Abu Hassan Pengarah Bahagian Keselamatan dan Pengawasan Maritim (BKPM).
MARITIM NEGERI PERAK TERUS MERAMPAS BUBU NAGA DI PULAU TALANG
BOT NELAYAN ‘TARIK TEPI’ DITAHAN MARITIM MALAYSIA
MARITIM NEGERI PAHANG | DUA PEMILIK BOT NELAYAN DIJATUHKAN HUKUMAN DENDA
MARITIM NEGERI PERAK | DUA BOT NELAYAN DITAHAN, GAJIKAN PEKERJA ASING TANPA PERMIT
WARGA ASING BEKERJA DI ATAS BOT NELAYAN SECARA HARAM DITAHAN
DUA BOT NELAYAN TEMPATAN DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN DITAHAN
RAMPASAN BUBU NAGA DI PULAU TALANG, BUKTI NELAYAN MASIH BERDEGIL
TIGA BOT NELAYAN ASING DITAHAN DISYAKI CEROBOH PERAIRAN NEGARA
KUNJUNGAN HORMAT MARITIM NEGERI PAHANG KE JABATAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN KOS SARA HIDUP
KUANTAN, 19 APRIL – Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Mazlan bin Mat Rejab telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Pengarah Jabatan Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Negeri Pahang, Puan Jezlily binti Jamaluddin di Pejabat Pengarah KPDN Negeri Pahang, semalam.
Turut mengiringi pengarah dalam kunjungan tersebut Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasaan dan Eksesais, Komander Maritim Abdul Halim bin Hamzah serta Timbalan Pengarah Pengurusan Maritim Negeri Pahang, Puan Juzilawati binti Kamarudin.
Kunjungan hormat tersebut merupakan platform membincang dan mengeratkan hubungan yang telah terjalin disamping berkongsi ideologi dan strategi antara jabatan ke arah kecemerlangan bersama pada masa akan datang.