LABUAN, 14 Ogos - Satu sesi Serah Terima Tugas diantara ketua-ketua bot Zon Maritim Labuan dan Pemakaian Lencana Ketua Bot telah berjaya dilaksanakan hari ini di Pejabat Zon Maritim Labuan.
Sesi ini telah disaksikan sendiri oleh Pengarah Zon Maritim Labuan dengan diiringi oleh Timbalan Pengarah Zon (Operasi). Turut dihadiri oleh pegawai-pegawai memerintah kapal dan semua kru bot Zon Maritim Labuan.Setelah selesai menandatangani serah terima tugas, PZM ZM Labuan telah memberikan ucapan dan kata-kata semangat kepada ketua-ketua bot yang baharu untuk menjalankan tugas dengan lebih cemerlang dan sentiasa menerapkan nilai-nilai integriti yang tinggi semasa dilapangan.
Setelah itu, Seksyen Operasi telah memberikan penerangan berkenaan penggunaan RMPnet kepada Ketua-ketua bot yang baharu serta semua kru bot Zon Maritim Labuan bagi kelancaran OP Benteng di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan.
LT DYA (M) DILSA BIN AKMAD
Pegawai Perhubungan Awam
Zon Maritim Labuan
LAKUKAN PELBAGAI KESALAHAN, SEBUAH BOT PUKAT JERUT BILIS DITAHAN
DUA BOT NELAYAN VIETNAM CEROBOH PERAIRAN NEGARA DITAHAN
MARITIM MALAYSIA AKTIFKAN SEMULA OP PAGAR LAUT SEMPENA RAMADAN DAN SYAWAL
BOT NELAYAN KELAS B DITAHAN LANGGAR SYARAT LESEN
LAGI 27 SET BUBU NAGA DIRAMPAS DI PERAIRAN PULAU TALANG .
34 SET BUBU NAGA DIRAMPAS DI PERAIRAN PULAU TALANG
DUA NELAYAN DISELAMATKAN DISERAH KEPADA INDONESIA
PENDATANG ASING TANPA IZIN GAGAL LOLOS DIRI PULANG KE NEGARA ASAL
KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH MARITIM NEGERI TERENGGANU KE ATAS EXCO TERENGGANU
KUALA TERENGGANU, 20 Mac – Pengarah Maritim Negeri Terengganu, Kepten Maritim Mohd Khairulanuar bin Abd Majid telah mengadakan kunjungan hormat ke atas EXCO Pertanian,Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa Negeri Terengganu, YB Dr. Azman Ibrahim di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu.
Kunjungan hormat ini bertujuan untuk membincangkan mengenai isu-isu semasa berkaitan pencerobohan bot nelayan asing di perairan negara, isu berkaitan bot-bot nelayan tempatan, pengoperasian dan penguatkuasaan serta hal-hal berkaitan.