MARITIME DOMAIN AWARENESS PERKUKUHKAN PENTADBIRAN AGENSI  

PORT DICKSON, 6 Ogos - Seramai 19 orang Pegawai Penguat kuasa Maritim Malaysia terlibat di dalam Bengkel Makmal Pendokumentasian MMEA Maritime Domain Awareness (MDA) Driven Operation Concept yang telah dilaksanakan selama 4 hari bermula 4 hingga 6 Ogos 2020.

Bengkel yang diadakan bertujuan untuk menambah baik proses pendokumentasian konsep operasi agensi berdasarkan ancaman dan cabaran terkini selaras dengan keputusan Mesyuarat Pengukuhan Konsep Operasi. Bengkel juga dirasmikan dengan kehadiran Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Laksamana Madya Maritim Datuk Haji Ibrahim bin Haji Mohamed.

Di dalam ucapannya, beliau berharap agar pengisian maklumat hasil daripada bengkel ini dapat dijadikan panduan kepada Zon Maritim, Maritim Negeri dan yang berada di operasi lapangan dalam usaha mengekang serta meningkatkan lagu keupayaan pengoperasian di Zon Maritim Malaysia.

 

WhatsApp Image 2020 08 06 at 12.18.50 PM   

WhatsApp Image 2020 08 06 at 12.18.48 PM 

 

 WhatsApp Image 2020 08 06 at 12.18.52 PM    WhatsApp Image 2020 08 06 at 12.18.51 PM