MARITIM NEGERI PAHANG TERIMA KUNJUNGAN HORMAT DARI DARIPADA PANGLIMA ANGKATAN BERSAMA

KUANTAN, 14 Julai – Pengarah Maritim Negeri Pahang, laksamana Pertama Maritim Haji Amran bin Haji Daud telah menerima kunjungan hormat daripada Panglima Angkatan Bersama dari Markas Angkatan Bersama, Leftenan Jeneral Dato’ Yazid bin Hj Arshad. Majlis kunjungan hormat tersebut turut dihadiri Kepten Hj Muhammad Rodhi bin Ariffin (TLDM), Pengarah J3 Op Khas, Kol Zulfakar bin Abdul Wahid, Pengarah J7 dan Lt Kol Ahmad Bakri bin Abdullah, PS1 J5 Ran Ops.

Dalam pertemuan yang berlansung lebih kurang satu jam ini, kedua-dua pihak telah membincangkan isu-isu semasa berkaitan kerjasama dua hala dan perkongsian pelbagai maklumat dalam memperkukuhkan lagi hubungan dua hala dengan harapan kerjasama yang baik ini akan berterusan.

 1   3 
     
 2    4

 

SUMBER : PEGAWAI PERHUBUNGAN AWAM MARITIM NEGERI PAHANG