19
Jum, Apr

Grid List

20 NELAYAN WARGA ASING DITAHAN MARITIM MALAYSIA .

KAPAL MT LAYAR ANGGUN 8 TERBAKAR DALAM PERAIRAN MALAYSIA

KETUA PENGARAH KEENAM MARITIM MALAYSIA BERSARA WAJIB

KOTAK HITAM HELIKOPTER AW 139 MARITIM MALAYSIA DITEMUKAN

30 SET BUBU NAGA DIRAMPAS DI PERAIRAN TALANG

GAGAL ISYTIHAR MUATAN, BOT KARGO DITAHAN MARITIM MALAYSIA

27 SET BUBU NAGA DIRAMPAS DAN BOT NELAYAN KELAS C DITAHAN LANGGAR SYARAT LESEN

DUA BOT NELAYAN TEMPATAN DITAHAN DAN 25 SET BUBU NAGA DIRAMPAS MARITIM NEGERI PERAK

KUNJUNGAN ULUNG RASMI PENGARAH MARITIM NEGERI SABAH DAN WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN KE ZON MARITIM LABUAN

IMG 1946 Copy  IMG 1954 
 IMG 1981 Copy  IMG 1982 Copy
 IMG 2002 Copy  IMG 2060 Copy

 

LABUAN, 13 Julai - Pengarah Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Laksamana Pertama Maritim Haji Mohd Rosli bin Abdullah telah mengunjungi Zon Maritim Labuan, semalam.

Lawatan rasmi ini adalah yang pertama kali dilakukan setelah perlantikan beliau sebagai Pengarah Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan yang ke-,7 pada 02 Mac 2020 yang lalu.

Seawal pukul 7:00 pagi, semua warga Zon Maritim Labuan telah melakukan persiapan Kawalan Kehormat Setempat (KKS) dengan perbarisan seluruh warganya sementara menunggu ketibaan beliau diperkarangan pejabat ZM Labuan.

Dalam ucapannya, beliau telah menegaskan kepada seluruh warga ZM Labuan bahawa beliau tidak akan berkompromi dengan mana-mana pegawai dan anggota yang terlibat dengan najis dadah, rasuah dan salah guna kuasa.

Diakhir ucapan, beliau juga telah menyarankan kepada seluruh warga ZM Labuan supaya sentiasa mematuhi Standard of Procedure (SOP) berkenaan pemutusan rantaian virus Covid-19 dengan pemakaian Basic Personal Protevtive Equipment (PPE) seperti pelitup mulut, sarung tangan dan Hand Sanitizer semasa menjalankan operasi.

Akhir sekali, beliau telah melawat limbungan dimana aset-aset ZM Labuan menjalani pembaikan dan seterusnya terlibat dengan Mesyuarat Back To Back Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan bermula 14-16 Julai 2020 di Pejabat ZM Labuan.

LT DYA (M) DILSA BIN AKMAD

Pegawai Unit Komunikasi Korporat

Zon Maritim Labuan

Grid List

KUNJUNGAN HORMAT MARITIM NEGERI PAHANG KE JABATAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN KOS SARA HIDUP

KUANTAN, 19 APRIL – Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Mazlan bin Mat Rejab telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Pengarah Jabatan Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Negeri Pahang, Puan Jezlily binti Jamaluddin di Pejabat Pengarah KPDN Negeri Pahang, semalam.

Turut mengiringi pengarah dalam kunjungan tersebut Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasaan dan Eksesais, Komander Maritim Abdul Halim bin Hamzah serta Timbalan Pengarah Pengurusan Maritim Negeri Pahang, Puan Juzilawati binti Kamarudin.

Kunjungan hormat tersebut merupakan platform membincang dan mengeratkan hubungan yang telah terjalin disamping berkongsi ideologi dan strategi antara jabatan ke arah kecemerlangan bersama pada masa akan datang.

 

WhatsApp Image 2024 04 19 at 2.36.23 PM 1
 
WhatsApp Image 2024 04 19 at 2.36.23 PM

 

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC