MAJLIS PENYAMPAIAN ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG (APC ) DAN PERSARAAN ANGGOTA MARITIM MARITIM NEGERI JOHOR

JOHOR BAHRU, 9 Julai 2020 - Bertempat di Ibu Pejabat Maritim Negeri Johor, telah berlangsungnya majlis  penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) tahun 2019 serta Persaraan pegawai  dan anggota Maritim Negeri Johor (MN Johor).

Majlis penuh bermakna ini telah disempurnakan oleh Pengarah Maritim Negeri Johor (PMN Johor), Laksamana Pertama Maritim Aminuddin bin Haji Abdul Rashid. Turut hadir Timbalan Pengarah (Pengurusan) Negeri iaitu Puan Irmawati binti Ismail,  Pengarah Zon Maritim Batu Pahat, Komander Maritim Mohammad bin Othman, Pengarah Zon Maritim Mersing, Komander Maritim Khairul Nizam bin Misran, pegawai-pegawai kanan, pegawai-pegawai serta semua warga Maritim Negeri Johor.

Seramai 18 pegawai serta anggota telah menerima APC tahun 2019 dan seorang anggota yang bersara sahaja dapat menghadiri majlis pada kali ini. Secara keseluruhan bagi seluruh MN Johor, seramai  43 pegawai dan anggota yang menerima APC serta 5 orang pegawai dan anggota yang bersara pada tahun ini.