LANGKAWI, 7 Julai - Maritim Negeri Kedah dan Perlis (MNKP) telah menerima kunjungan rasmi daripada YTM Tunku Temenggong Kedah Dato' Seri Diraja Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz binti Almarhum Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Yang Berbahagia Tan Sri Dr Jemilah Mahmood, Penasihat Khas (Kesihatan Awam) kepada Perdana Menteri pada 4 Julai lalu.

          Turut hadir bersama rombongan adalah deligasi daripada Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia dan Yayasan Sultanah Bahiyah serta pegawai-pegawai kanan MKN dan KDN. Rombongan telah disambut oleh Pengarah Maritim Negeri Kedah Perlis, Laksamana Pertama Maritim Mohd Zawawi bin Abdullah, Timbalan Pengarah Operasi Negeri, Kepten Maritim Zulinda binti Ramly dan beberapa pegawai kanan MNKP. 

     Antara objektif lawatan adalah untuk membincangkan beberapa perkara berkaitan masalah kemasukan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) ke Langkawi dan kaedah terbaik dalam menguruskan mereka. Dalam kunjungan tersebut, Tunku Temenggong Kedah turut berkenan untuk mengikuti pelayaran bagi membuat tinjauan ke lokasi di mana bot PATI ditahan oleh Maritim Malaysia.

67863197 0a4b 4b84 91e0 83ca3c5c89f2   c15c803a 60be 43f2 82fb fde00d8a8fd2
     
c7df3aba 781e 4c9f 80bd 52d762b5d9a0   d4b3939b 1c20 4227 a3af d968542e777f
     
8f5b0ffc c411 49d1 9ed8 7829631d90a7   9264d0af 410d 48d5 a3a7 c94cf58e14a5