LANGKAWI, 5 Julai - Majlis Terima Tugas Pengarah Maritim Negeri, Maritim Negeri Kedah dan Perlis (MNKP) telah dilaksanakan dengan jayanya pada 3 Julai lalu. Jawatan Pengarah Maritim Negeri, MNKP sebelum ini yang disandang oleh Laksamana Muda Maritim Dato’ Wan Mohd Affandi bin Wan Ahmad yang bersara wajib pada 11 Jun 2020 telah diisi oleh Laksamana Pertama Maritim Mohd Zawawi bin Abdullah berkuatkuasa pada 29 Julai 2020.

         Majlis ini telah disaksikan oleh Yang Berbahagia Laksamana Maritim Dato’ Mohd Zubil bin Mat Som, Ketua Pengarah Maritim Malaysia di Ibu Pejabat Maritim Negeri Kedah dan Perlis. Yang berbahagia Dato' Ketua Pengarah berbesar hati menyampaikan amanat kepada seluruh warga MNKP supaya terus memberi komitmen penuh dan mengekalkan tahap integriti dan disiplin sepanjang melaksanakan tugas di lapangan khususnya dalam Operasi Benteng Laut.

IMG 20200703 WA0038   3235d9c8 7b5f 4339 b4ee 5220ccddaf88
     
03ba9087 cabf 4b3b b6e1 f8af07a4ad35   0d31a099 49dc 4264 a121 1be32699648f
     
4e2a4dd6 c435 4b0a b465 0f0f1da35d19   e0f35045 6194 42ed ae10 f89aad1bc2c8
     
8a9ecbef 92a7 4790 aecc 23a28e4dabcb   798a4682 9c7c 4f2d 939e d31d65986ed0
     
faf5e5c3 bd12 4832 b27a 89a9e545eb5d   8f9933ca 6de8 416b a305 02db5b0c16c2